HOMEPAGE ASAL

 

 

Jangan lepaskan peluang anda untuk melanggan secara percuma

 

 

 

KLIK BUTANG DIBAWAH

subscribe

langgan

 

 

Buletin terdahulu

Edisi Mac 2004

Edisi Februari 2004 

 

Edisi September

 

Edisi Ogos

 

Edisi Julai

 

 

 

 

 

Adakah anda mempunyai sebarang topik-topik tertentu atau sebarang komen-komen untuk diperbincangkan?

 

E-mail sebarang cadangan anda sekarang! Klik butang dibawah ini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MEMBINA INSPIRASI – MAC 2004

 

Membina Inspirasi

Inspirasi Kejayaan Anda

 

Salam sejahtera semua....

 

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu kursus Latihan Pengarah Korporat yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM).  Menurut desas-desus yang bertiup, kursus ini mungkin akan diwajibkan kepada semua pengarah-pengarah syarikat di Malaysia.  Bermakna bahawa semua warganegara Malaysia yang ingin menjadi pengarah syarikat di Malaysia akan diwajibkan menjalani kursus tersebut.

 

Selama satu setengah hari berada disana, kami telah didedahkan dengan beberapa perkara/isu-istu semasa, termasuklah kes-kes terbaru yang melibat seorang tokoh korporat ternama dan juga menteri yang telah didakwa melakukan kesalahan rasuah serta kes-kes lain yang telah menjadi kontravesi di negara ini.

 

Seorang penceramah kursus tersebut telah menekankan betapa pentingnya kita mempunyai sifat peka kepada alam sekeliling, persekitaran dan perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita untuk menjadi petunjuk-petunjuk asas terhadap apa yang sedang berlaku dan mungkin kepada apa yang akan berlaku.

 

Petunjuk-petunjuk kecil ini sememangnya ketara didalam kehidupan kita tetapi jika kurang mengamati ciri-ciri tersebut, kita akan mengambil mudah perkara-perkara tersebut sehingga ia menyebabkan kita kerugian.  Contoh yang mudah mungkin kita boleh perhatikan tentang kenderaan kita.  Sebarang bunyi-bunyi “pelik” mungkin menunjukkan bahawa terdapat masalah-masalah yang mungkin akan menjadi semakin ketara.  Jika kita peka dan membawa kereta kita ke mekanik pakar, kita akan menjadi tertarik melihat kepakaran mekanik tersebut bagaimana dengan melakukan perkara-perkara mudah, atau dengan hanya mendengar bunyi kenderaan tersebut, dia dapat mengdiagnosis masalah kenderaan tersebut. 

 

Tahukah anda bahawa seorang jurutera perunding mungkin hanya menggunakan guli-guli kecil untuk menguji samada sesuatu lantai tersebut rata atau sebaliknya?  Kebanyakkan perkara dapat diuji dengan menggunakan asas-asas pancaindera kita tanpa menggunakan kaedah-kaedah canggih.  Sebagai contohnya, bidang kerjaya saya sebagai seorang pakar kejururteraan pembersihan kimia, seringkali menggunakan kaedah-kaedah mudah untuk menentukan ketepatan sesuatu ujikaji atau sesuatu projek.  Sebagai contohnya, bagaimana saya dapat menentukan bahwa sebatang paip yang berisi air itu kotor atau tidak?  Saya akan mengambil sebatang kayu/besi dan memukul perlahan diluar paip air tersebut dan mengambil contoh air tersebut.  Jika airnya masih bersih, maka paip air tersebut mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi sebagai paip yang bersih dan sebaliknya jika air tersebut kotor.

 

Namun begitu, tidak semua perkara adalah semudah yang kita lihat.  Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, kita mungkin melihat bahawa sebuah loji pemprosesan gas atau loji-loji petrokimia mungkin telah direkabentuk oleh sekumpulan jurutera-jurutera pakar.  Tatapi siapakah yang membina struktur-struktur besi tersebut?  Siapakah yang membuat kerja-kerja kimpalan besi, memasang “scaffolding”, mengikat bata, dan membuat kerja-kerja lain?  Siapakah yang memandu kren, yang memandu jentera-jentera berat dan membuat kerja-kerja buruh tersebut?  Bagaimanakah sebuah loji yang canggih dapat dibina oleh sekumpulan manusia yang mempunyai latarbelakang kemahiran yang berbeza???  Jawapannya ialah delegasi dan permudahkan...  Melalui proses delegasi disusuli dengan proses permudahan, setiap kerja boleh dibahagi-bahagikan kepada individu-individu tertentu dan seterusnya dapat dipermudahkan menjadi unit-unit kerja yang dpat dilakukan oleh individu-individu tertentu...

 

Kehidupan kita juga boleh kita permudahkan menjadi unit-unit kehidupan tertentu yang mungkin akan menjadikan kita melihat kehidupan melalui perspektif yang berbeza..  Tetapi bagaimana??  Melihat kejayaan sebagai suatu proses kehidupan mungkin boleh membantu.  Terlalu ramai individu yang terlupa bahawa kejayaan merupakan sesuatu yang relatif dan merupakan sesuatu yang dinamik.  Semasa keluar Universiti, ramai rakan-rakan yang menyangka bahawa mereka telah berjaya, tetapi mereka sebenarnya hanya berjaya mendapat segulung ijazah, dan mempunyai banyak lagi cabaran-cabaran didalam kehidupan ini.  Cabaran-cabaran lain akan bermula, seperti cabaran alam pekerjaan, cabaran alam perkahwinan, cabaran alam menjadi ibubapa dan sebagainya.  Oleh itu jika kita merasakan bahawa segulung ijazah sebagai kejayaan mungkin kita akan menjadi berpuashati dengan pencapaian kita dan selesa dan seterusnya tidak berminat untuk menambah pengetahuan kita dan akhirnya menyebabkan kita ketinggalan.  Justeru itu, melihat kehidupan sebagai suatu proses dan kejayaan sebagai proses akan menyebabkan kita sentiasa beringat bahawa cabaran-cabaran kehidupan akan senantiasa silih berganti dan akan menjadikan kita senantisa ingin memperbaiki tahap kehiduapan kita disamping terus berusaha menambah ilmu dan kemampuan kita.

 

Bagaimana? Mahukah anda mengubah persepsi hidup anda?  Mulakan sekarang........

 

Mula

 

 

MEMBINA INSPIRASI – FEBRUARI 2004

 

Membina Inspirasi

Inspirasi Kejayaan Anda

 

Apa khabar semua...........Saya berharap anda semua masih berfikiran positif dan sentiasa mempunyai jati diri yang tinggi untuk menempuh tahun 2004.....

 

Baru-baru ini saya telah mengalami pengalaman yang baru didalam kehidupan ini.  Yang menyebabkan saya terus berfikir dan menambah kesedaran bahawa kebanyakkan pengalaman-pengalaman hidup tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.  Saya juga amat bersyukur kerana Allah SWT telah menganugerahkan saya suatu tanggungjawab yang besar.  Iaitu menjadi bapa kepada anak-anak saya.  Sememangnya ianya menjadi suatu tanggungjawab yang amat berat, tetapi, sebagai manusia, saya hanya bertawakkal kepada Allah SWT supaya memberikan pedoman dan hidayahnya agar saya dapat memikul tanggungjawab tersebut dengan sempurna.  Melalui pengalaman-pengalaman ini barulah saya sedar betapa sayangnya ibubapa kita terhadap kita semua.  Barulah kita sedar nikmat dan anugerah seorang anak terhadap insan.  Hakikatnya anugerah tersebut hanya dapat kita nikmati jika kita menjadi ayah kepada anak kita.

 

Tahun baru merupakan tahun yang sering kita tunggu-tunggu untuk menyambutnya.  Kita berharap dengan kemunculan tahun baru dapat menjadikan kita seorang yang lebih berjaya.  Kita akan membuat azam-azam baru untuk dilaksanakan sempena tahun baru tersebut.

 

Manusia yang berjaya biasanya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan yang menyeluruh terhadap usahanya untuk melakukan sesuatu.  Tanpa komitmen yang tinggi, kejayaan memang sukar untuk dikecapi.

 

Untuk berjaya, kita harus mempunyai arah tuju yang jelas, yang mampu menjadi penunjuk arah usaha kita.  Kita harus mempunyai sasaran, mempunyai matlamat dan mempunyai wawasan yang jelas.  Kita juga seharusnya mempunyai iltizam diri yang ikhlas terhadap sasaran dan wawasan kita.

 

Kita haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat dan wawasan kita agar ianya menjadi sebati dengan diri kita dan tidak ada percanggahan yang boleh membantukan usaha kita.  Kita seharusnya menyeragamkan dan mensinkronaiskan matlamat dan wawasan kehidupan kita dengan cara hidup kita.

 

Orang yang berjaya mempunyai sifat-sifat positif yang akan mendorongnya untuk berjaya.  Untuk berjaya kita hendaklah mempunyai nilai-nilai kehidupan seorang yang berjaya.  Ciri-ciri orang yang berjaya biasanya dapat dilihat dengan nyata antaranya :-

 

1.       Mempunyai definisi kejayaan diri

2.       Mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas tentang kehidupannya.

3.       Sentisa menepati waktu dan berusaha untuk menepati waktu

4.       Sentiasa mengotakan janji-janjinya

5.       Sentiasa memperbaiki apa yang dirasakan sebagai kelemahan diri

6.       Sanggup untuk bekerja kuat dan bekerja dengan tekun

 

Sebenarnya kita sendiri tahu formula untuk berjaya.  Semua orang tahu.  Cuma mungkin kita tidak dapat menterjemahkan kedalam kehidupan kita.  Atau kita mempunyai sebab-sebab tertentu yang menjadi dugaan dan halangan usaha kita.

 

Semoga tahun 2004 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang didalam kehidupan kita...

 

Jumpa lagi..................................................................

 

Mula

 

 

 

Artikel  - 2003

 

MEMBINA INSPIRASI - 06 September 2003

 

Membina Inspirasi

Inspirasi Kejayaan Anda

 

Apa khabar semua?  Bertemu kembali didalam ruang ini....  Bulan ini, kita akan berbincang dengan lebih mendalam mengenai..................

 

Apabila pemikiran dipenuhi dengan perkara-perkara positif, kita mempunyai keupayaan yang lebih tinggi. Kita akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang mampu kita lakukan untuk meningkatkan kehidupan kita. Kita akan mampu untuk mengembangkan idea-idea pemikiran yang positif dan dapat kita zahirkan melalui perbuatan kita. Dan apabila kita terus melakukan perbuatan yang membawa kebaikan, tahap keyakinan didalam diri kita akan semakin berkembang. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan secara berterusan dapat membantu menambahkan keyakinan kita.

 

Katakanlah kita ingin belajar memandu kereta. Bagaimanakah keadaan kita pada kali pertama kita memandu. Kita mungkin gugp, terketar-ketar, hilang tumpuan dan sebagainya. Kemudian kita akan terus diajar untuk mengawal kenderaan tersebut dan akhirnya kita berjaya menguasai cara-cara bagaimana kita perlu mengawal kenderaan tersebut. Setelah itu kita akan menjadi yakin dan bertambah yakin setelah kita terus berusaha dengan gigih hingga akhirnya kita yakin untuk mengambil ujian memandu. Mungkin dalam keadaan yang lain pula kita sememangnya mempunyai kecenderungan yang tinggi dan mempunyai bakat semulajadi dalam bidang senilukis. Kita juga mempunyai kemampuan yang mengatakan kita mampu menjadi pelukis terkenal. Secara tidak langsung kita mengatakan pada diri kita bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menghasilkan lukisan bermutu tinggi dan keadaan ini pastinya akan membuatkan kita menjadi lebih beridea kerana keharmonian minda dan keupayaan bakat kita.Selanjutnya, ada baiknya kita melihat apakah yang kita katakan sebagai keupayaan pemikiran, keupayaan idea serta keupayaan perbuatan. Untuk itu, pertamanya kita perlunya melihat apa yang dinamakan keupayaan pemikiran. Keupayaan pemikiran kita merupakan suatu keupayaan yang kita bina didalam fikiran kita. Ianya merupakan keupayaan sebenar diri kita yang sering kali kita gunakan dalam setiap aspek kehidupan kita. Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan, minda kits sksn mrnyatakan kemampuan kita.

 

Minda kita akan menyatakan kemampuan tersebut dalam bentuk imej, bisikan, gambaran perasaan dan sebagainya yang akan disampaikan kepada kita. Minda pemikiran ini juga biasanya telah merancang apakah bentuk tindakan dan tindakbalas yang akan dilakukan oleh kita. Oleh itu, secara tidak langsung kita akan dapat bertindak atau melaksanakan perbuatan kita melalui mesej yang disampaikan melalui komunikasi minda kita kedalam diri kita. Keadaan ini merupakan suatu peringkat yang penting kerana ianya akan menentukan samada kita akan berjaya melakukan perkara yang kita fikirkan atau tidak. Jika dalam hal ini minda kita mengatakan bahawa diri kita tidak mampu, kemungkinan untuk kita gagal adalah tinggi. Dalam hal ini, kita perlu sentiasa membina minda kita untuk terus memikirkan secara optimis perkara-perkara yang kita jumpa dalam kehidupan kita sehari-hari supaya kita mempunyai keupayaan sebenar yang baik. Dan seperti yang kita bincangkan, kita ada mempunyai pelbagai kaedah untuk membina minda kita. Oleh itu apabila pemikiran yang telah disampaikan dalam diri kita untuk menentukan keupayaan kita, selanjutnya berlaku proses pencetusan idea. Pada peringkat ini melalui maklumat-maklumat yang telah dicetuskan oleh minda kita, kita akan mempunyai persepsi yang akan kita fikirkan sebagai idea (atau ilham). Idea kita ini akan mempengaruhi bagaimana kita akan bertindak. Apa yang dilakukan dalam peringkat ini ialah, akal kita akan memikirkan alternatif-alternatif yang akan kita gunakan dalam keadaan tersebut. Katakan kita ingin menerbitkan sebuah artikel yang berkisar tentang penggunaan robot dalam industri. Dan minda pemikiran kita menyatakan bahawa kita akan berjaya menyiapkannya dan mampu untuk menyiapkannya. Maklumat tentang kemampuan ini akan disampaikan ke dalam diri kita dan kita akan berfikir mengenai bagaimana caranya kita dengan jayanya akan menyiapkan artikel tersebut. Fikiran kita akan menjadi tertumpu kepada perkara-perkara yang mampu membuat kita berjaya mencapai matlamat kita. Hasil daripada fikiran tersebut, idea akan tercetus dan idea inilah yang akan dapat kita gunakan untuk meneruskan matlamat kita. Oleh itu jika kita mampu untuk terus membina minda ke arah yang lebih positif, kita akan sentiasa mempunyai idea untuk melakukan perkara tersebut hasil terjemahan dan komunikasi dari keupayaan pemikiran ke peringkat keupayaan idea. Setelah itu cara kita berfikir akan menjadi lebih tertumpu kearah kejayaan. Kita akan menghasilkan idea-idea yang menyokong tindakan kita untuk terus gigih berusaha merealisasikan apa yang kita fikir kita mampu lakukan. Sebab itulah dalam bidang sukan, ketahanan mental perlu kukuh dalam diri individu untuk terus menghasilkan idea-idea semasa perlawanan untuk menumpaskan lawan kita. Dengan itu kita menjadi lebih yakin untuk terus menghadapi saingan dari pihak lawan dan sentiasa terus memberi tentangan hebat.Kita ambil contoh pula suatu keadaan dimana kita berada di dalam suatu situasi dimana kita perlu menyampaikan ceramah mengenai kepentingan membaca didalam sesebuah masyarakat di sebuah sekolah rendah. Bagaimanakah keadaan kemampuan minda pemikiran kita ketika itu? Katakanlah kita merupakan seorang pegawai yang bertugas disebuah perpustakaan dan mempunyai maklumat-maklumat yang lengkap yang mudah kita sampaikan kepada orang ramai. Kita juga nmempunyai pengalaman lalu menyampaikan ceramah ditempat-tempat lain Sudah pasti minda kita akan menyatakan dalam diri kita yang kita mampu melakukannya.

 

Hasil dari cara pemikiran kita, idea-idea dicetuskan dan kita akan menjadi semakin bersedia dengan sokongan yang dicetuskan melalui idea-idea kita. Kita tergambar bagaimana kita mula berdiri di hadapan para peserta ceramah yang ingin mendengar ceramah kita. Terlintas di fikiran kita apakah bentuk-bentuk fakta yang akan kita sampaikan. Kita bayangkan alat-alat pandang dengar yang akan membantu kita menyampaikan maklumat-maklumat tersebut dengan lebih berkesan. Bukankah kita menjadi seseorang yang lebih bertenaga? Bayangkanlah pula kita seorang yang tiada pengetahuan langsung tentang buku dan tidak pernah sebelum ini menyampaikan ceramah dimana-mana? Apa akan terjadi? Katakan timbul perasaan tidak yakin? Apakah bentuk idea yang kita cetuskan? Kita terbayang kita terketar-ketar ketika berada di hadapan peserta. Kita menjadi gugup dan tidak pasti apa yang akan kita katakan. Kita menjadi seakan-akan kehilangan punca. Kita terbayang bagaimana peluh dingin mula membasahi ketiak kita.Sebenarnya walaupun perkara ini sememangnya biasa kita alami, tetapi mungkin masih tidak sedar tentang peranannya sebagai pengukur kemampuan diri yang mampu membataskan pencapaian kita, ataupun kadangkala memberikan kesan jangka masa panjang terhadap pembentukan personaliti kita, penampilan kita dan sebagainya. Jadi apa kata mulai dari sekarang, kita perhatikan diri kita, serta bagaimana minda kita berfikir untuk menghasilkan idea-idea. Kita pastikan kita terus membina minda kita kearah kebaikan dan seterusnya menjadi individu yang lebih optimistik dalam perbuatan kita. Walau pun mungkin kita sememangnya kurang maklumat tentang sesuatu perkara tersebut, apakata kita tanamkan keyakinan bahawa kita akan berjaya dalam setiap pekerjaan kita. Bukankah ianya akan mencetuskan idea-idea hebat nanti? 

 

 

Mula

 

 

MEMBINA INSPIRASI - 10 Ogos 2003

 

Membina Inspirasi

Inspirasi Kejayaan Anda

 

INSPIRASI

 

Pernahkah anda mendengar lirik-lirik yang menyentuh tentang inspirasi atau menggunakannya? Lagu kumpulan Wings - Inspirasi Taming Sari mengingatkan kita tentang kehabatan keris Taming Sari kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang terkenal. Taming Sari dikatakan keris sakti yang membuatkan pemiliknya kebal dan berkuasa. Semasa menjalankan tugasnya untuk menentang Hang Jebat, Hang Tuah terpaksa menipu musuhnya untuk mendapatkan keris tersebut yang menjadi sumber inspirasinya. Lagu kumpulan Chicago juga ada menceritakan bagaimana seorang wanita menjadi sumber inspirasinya dalam menyerikan serta memberi makna pada kehidupannya. Jadi apakah sebenarnya yang kita sering katakan inspirasi itu? Apakah sebenarnya maksud yang tersirat dan yang tersurat dalam perkataan inspirasi tersebut?Sebenarnya perkataan inspirasi biasanya dikaitkan dengan kreativiti individu.

 

Definasi inspirasi ini sebenarnya mempunyai pelbagai pendekatan berbeza untuk menerangkan maksudnya. Walau bagaimana pun untuk memudahkan pemahaman, inspirasi yang akan digunakan didalam buku ini akan membawa maksud :

 

Sesuatu Pengaruh Yang Melahirkan Keazaman Diri Serta Melahirkan Idea Yang Unik Dan Kreatif  Yang Menghiasi Ruang Minda Individu Yang Seterusnya Dizahirkan Dalam Kehidupan Seseorang.

 

Ini bermakna inspirasi itu merupakan sesuatu yang dapat mendorong manusia untuk melahirkan keupayaan diri secara effektif dan berkesan dan berupaya mendatangkan perubahan yang ketara dalam sebuah kehidupan seseorang. Ianya dapat mempengaruhi manusia untuk menghasilkan yang terbaik pada setiap kelakuan individu tersebut. Apa yang lebih penting lagi ialah ianya mempengaruhi serta menghiasi ruang minda yang dalam erti kata lainnya, ianya berupaya mengubah tahap keyakinan dan kepercayaan seseorangindividu tersebut. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka yang berjaya mengatakan bahawa mereka mempunyai sumber inspirasi yang memberi sokongan ke atas kejayaan mereka. Bermakna mereka mempunyai sesuatu yang dapat mempengaruhi mereka untuk menghasilkan keazaman luar biasa yang mampu mengatasi segala halangan dan menzahirkan segala keupayaan yang penuh kreatif yang dianggap sebagai mustahil oleh kebanyakan orang.

 

Muka Utama


 

 

MEMBINA INSPIRASI – 18 July 2003

 

 

SELAMAT BERTEMU KEMBALI DIDALAM RUANGAN MEMBINA INSPIRASI...

 

Kegigihan merupakan aspek yang pening didalam kehidupan ini.  Jika kita sentiasa gigih untuk berusaha, isyaallah kita akan berjaya.  Kejayaan sememangnya merupakan suatu proses yang perlu dilakukan secara berterusan.

 

Setiap manusia perlu berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita didalam pelbagai aspek, kerohanian, jasmani, ekonomi, sosial dan sebagainya.  Memang benarlah kata-kata yang bermaksud “cakap memang mudah, tetapi hendak melaksanakannya amat susah”.  Hendak melaksanakan sesuatu memerlukan kesedaran dan keinginan.   Atau pun melalui motivasi, sesuatu sebab atau motif, kenapa kita perlu kepada perbuatan tersebut.

 

Jadi bagaimana kita ingin memberikan diri kita motivasi dan inspirasi?

 

Cara yang mudah ialah dengan membayangkan keadaan kita jika kita melaksanakan perkara-perkara yang sukar tersebut.  Cuba fikirkan faedah yang dapat kita perolehi jika kita tekun melaksanakan kerja-kerja kita.  Dengan adanya kesedaran atau gambaran tentang keadaan kita dimasa hadapan, kita akan lebih peka terhadap kepentingan sesuatu tndakan tersebut.  Jnagan malu untuk membina impian, kerana impian merupakan suatu kenyataan yang belum terlaksana.  Tiada siapa yang boleh menghalang anda untuk mengimpikan sesuatu.  Jadi luangkan sedikit masa kita untuk berfikir dan membina impian-impian kita..  Dengan ini, kita mempunyai kesedaran tentang kepentingan untuk melaksanakan sesuatu perkara.

 

Kehidupan merupakan suatu proses yang berterusan dan kita harus terus berusaha untuk merealisasikan impian kita.  Kejayaan merupakan suatu proses didalam kehidupan, oleh itu kita harus terus mencipta kejayaan demi kejayaan didalam kehidupan kita.

 

Terdapat pelbagai aspek kehidupan yang perlu kita fikirkan setiap hari dan sebab itulah kita harus dapat menumpu perhatian untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan berkualiti.

 

Jadi usah berlengah lagi, dan teruskan cita-cita anda untuk mengejar impian anda.

 

Baru-baru ini saya telah berpeluang untuk bertemu dengan pakar JUALAN terkenal Brian Tracy – The Psychology of Selling, Success Psychology dan banyak lagi..  Menurut beliau, kita dibataskan oleh cara pemikiran kita.  Bermakna bahawa, cara kita berfikir mempengaruhi corak kehidupan kita.  Jika berfikir bahawa kita tergolong dikalangan orang-orang berjaya, kita akan cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang menjuruskan kepada kejayaan.  Cara pemikiran kita mampu menjadikan kita samada seorang yang berjaya atau sebaliknya.  Oleh itu, kita perlu menyedarkan dan sentiasa menyedarkan diri kita bahawa kita merupakan indivisu yang berjaya dan sentiasa mencipta kejayaan.  Beliau menyarankan bahawa kita perlu memberi penumpuan untuk menyedarkan diri kita dan sentiasa memberitahu diri kita bahawa kita merupakan seorang individu yang berjaya.  Kita harus memberitahu yang diri kita setiap hari bahawa kita akan mencipta kejayaan demi kejayaan demi kejayaan demi kejayaan.  Kita harus melihat diri kita sebagai seorang individu yang berjaya.

 

Beliau juga menyarankan agar kita sentiasa mengingatkan diri kita untuk berusaha dengan cara bisikan hati/bisikan diri, setiap hari sebelum tidur, katakan kepada diri anda tentang impian anda, tentang cara pemikiran dan kehidupan yang anda inginkan, sebagai contohnya jika kita seorang Akauntan, kita boleh katakan kepada diri kita “Saya seorang akauntan yang baik, yang berkaliber, yang cemerlang dan sebagainya”.  Katakan dan bisikkan kepada diri kita sendiri supaya minda separuh sedar kita dapat merakamkan mesej tersebut kedalam keihdupan anda.

 

Menurut beliau lagi, kejayaan kita bergantung kepada sejauh mana tanggapan kita terhadap diri kita tentang kemampuan kita.  Oleh itu, amat penting bagi kita untuk sentiasa meningkatkan tanggapan kita terhadap kemampuan kita dan seterusnya terhadap diri kita sendiri

 

Muka Utama


Hubungi kami hari ini untuk meningkatkan

 Potensi Diri Anda

dan bersama menyumbang kearah kehidupan yang lebih berharga untuk anda, keluarga dan masyarakat disekeliling anda

 

 

Contact us today and discover how we can help you to

Maximize your

Personal Potential

and contribute to a better and healthier life to those around us

 

 

Muka Utama

 

 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Dear Friends

 

Alamat e-mail tuan-tuan telah dcadangkan sebagai pelanggan newsletter "MEMBINA INSPIRASI" yang diedarkan secara PERCUMA.  Jika terdapat kesilapan dan tuan-tuan tidak ingin desenaraikan sebagai pelanggan newsletter ini, sila bals e-mail ini dan type "unsubscribe" atau "keluarkan" pada kotak subjek supaya alamat e-mail anda dapat dikelaurkan dari senarai e-mail kami.  Ini merupakan newsletter daripada HISHAM BIN JABAR yang diterbitkan secara percuma mengandungi informasi mengenai PENGEMBANGAN DIRI.

 

By recommendations, your email address is currently being added as subscriber to our mailing list for the monthly "MEMBINA INSPIRASI" newsletter.  If there is any mistake and you DON'T want to be added to this list, please reply this message and type unsubscribe in the subject box so your name will be removed from our mailing list. This is , a free newsletter from Hisham bin Jabar sharing the informations on PERSONAL DEVELOPMENT published by Hisham in Jabar.

 

This is a Rich Text (HTML) e-mail.  If you have difficulties in viewing this e-mail, go to format and select Rich Text (HTML) to view this e-mail.

 

Subscriber Info: To REMOVE yourself from future mailings, please reply this message and type unsubscribe in the subject box

 

 

 

 

 

Our contact is;
 

Hisham Jabar merupakan seorang Penceramah Inspirasi bebas yang membincangkan topik-topik mengenai inspirasi dan motivasi

Hisham Jabar is a freelance Inspirational Speaker who speaks on topics about inspitrations and motivations.

 

Kepada sesiapa yang mendapatkan khimat beliau untuk memberikan ceramah, sila hubungi beliau;-

For those who wish to have him as a speaker, please contact him;-

 

 

 

Fax ; 09-5361776

Phone : 019-3869145

E-mail : segip@tm.net.my

 

 


Tel   : 603-62525797
Fax  : 603-62525798

 

Muka Utama