Topik 3

Minat dan Keazaman : Pendorong Diri Yang Unggul

Perbincangan :-

  1. Minat dan keazaman
  2. Keupayaan pemikiran sebagai daya kekuatan diri
  3. Nilai sebuah keazaman
  4. Memperbaharui azam

  1. Apakah yang menyebabkan kadangkala kita tanpa disuruh dan tanpa sebarang motif yang konkrit tiba-tiba menjadi begitu tekun untuk mempelajari sesuatu perkara ataupun mengahbiskan wang yang banyak untuk menyertai suatu kelab atau persatuan? Pernahkah kita sanggup meninggalkan kerja-kerja yang sepatutnya kita lakukan pada waktu tersebut hanya untuk menonton perlawanan tinju antara Mike Tyson melawan Tony Tucker, ataupun ada siaran langsung liga Inggeris Manchester United malawan Blackburn Rovers? Kenapakah kita menjadi sedemikian rupa? Apakah yang mendorong kita untuk sanggup menonton siaran tersebut. Jawapannya ialah kerana kita mempunyai minat yang mendalam dalam perkara-perkara tersebut yang seterusnya menjadikan kita akan merasa sesuatu kehilangan jika kita tidak mengikuti perkembangannya dari masa kesemasa. Dalam kehidupan seharian juga kita harus mempunyai minat yang mendalam dalam segala kegiatan seharian kita. Dengan itu kita berasa lebih seronok dalam melaksanakan sebarang pekerjaan tersebut dan kita dapat melakukannya dalam keadaan yang tenang tanpa tekanan dari mana-mana pihak atau sumber. Pendek kata apabila kita mempunyai minat yang mendalam terhadap suatu perkara sudah pasti kita akan menumpukan perhatian kita terhadap perkara itu. Cuba bayangkan jika seorang yang tidak mempunyai minat dalam sukan hoki katakan disuruh bermain hoki. Sudah pasti ia akan menganggap langkah tersebut sebagai suatu perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Malah jika pasukannya menang sekalipun ianya tidak memberikan sebarang makna dalam dirinya. Mungkin juga dia dapat mempengaruhi keputusan perlawanan kerana dengan permainannya kurang bermaya dan tanpa semangat yang tinggi, pasukan lawan sudah pasti mempunyai peluang besar untuk mengekploitasi keadaan ini.Pernahkah kita terdengar berita bagaimana Andrei Kanchelkis meninggalkan kelab Manchester United? Beliau berbuat demikian setelah pengurus pasukannya tidak menurunkan beliau dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan liga Inggeris. Kita tahu samada dia dapat bermain atau tidak dapat bermain dia pasti akan mendapat bayaran wang yang sama. Malah tanpa bermain dia sudah pasti akan dapat mengelakkan dari kecederaan dan keletihan semasa permainan. Tetapi oleh kerana minatnya untuk bermain bola sepak, dia menjadi bosan dan tidak berpuashati dan sanggup meninggalkan kelab Inggeris yang berprestij yang menjadi idaman pemain-pemain bertaraf dunia dan menyertai kelab lain dengan bayara perpindahan yang rendah jika dibandingkan dengan keupayaannya sebagai seorang pemain yang bertaraf antarabangsa. Ataupun pernahkah kita lihat kawan-kawan kita membeli raket tenis yang berharga beratus-ratus ringgit untuk bermain dengan lebih baik walhal dia tidak pun pernah terfikir untuk menjadi pemain tennis yang terkemuka.Apa yang penting dalam hal ini ialah kita menyedari bahawa minat yang mendalam itu merupakan suatu dorongan yang kuat untuk kita melakukakan sesuatu perbuatan itu. Beribu-ribu orang membanjiri stadium Shah Alam untuk menonton konsert persembahan artis-artis yang mereka minati. Jika kita amati betul-betul, jika kita berada dalam stadium tersebut mungkin kita hanya dapat menyaksikan perembahan tersebut dari suatu jarak yang agak jauh dan kita cuma melihat saiz artis pujaan kita itu saiznya macam semut, sayup-sayup kelihatan di atas pentas dan kadangkala, lagu yang didendangkan oleh artis tersebut pun sukar didengari kerana suasana yang riuh-rendah dengan tepuk sorak dan jeritan penonton. Kaki-kaki bola (peminat bolasepak) sanggup menunggu semenjak pukul 6.00 petang (mungkin lebih awal) hanya untuk menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam. Semua ini tidak lain dan tidak bukan berpunca dari minat yang mendalam diri individu-individu tersebut. Mereka sanggup mencari ikhtiar dan membelanjakan sejumlah wang mereka untuk terus mengikuti perkembangan bidang tersebut serta menghayatinya dalam diri mereka. Tetapi tidak juga bermakna para pemerhati bola sepak ini akan dapat menyaksikan perlawanan yang menarik, atau pun berpuas hati tentang keputusan perlawanan itu. Ada juga penonton yang menonton konsert tetapi belumsampai setengah jam artis mengadakan persembahan, kerusi, meja dan sebagainya sudah penuh diatas pentas akibat dibaling oleh penonton-penonton. Sebenarnya apa yang hendak di tekankan disini ialah tentang minat didalam diri individu yang dapat mendorong individu tersebut melakukan perkara-perkara yang pada pandangan orang lain tidak akan mendatangkan faedah dan lebih kepada pembaziran. Dengan memahami pengaruh minat di dalam diri kita, maka lebih mudahlah untuk kita menentukan sesuatu matlamat, tujuan atau wawasan di dalam diri kita.

Jika kita mempunyai minat yang mendalam untuk meningkatkan taraf kehidupan kita umpamanya, sudah pasti kita akan terus berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat di dalam kehidupan kita. Seorang pelajar yang minat sesuatu pelajaran tertentu seperti matematik atau mata-mata pelajaran lainnya akan menunjukkan pencapaian yang lebih baik didalam bidang tersebut berbanding subjek-subjek lainnya yang kurang diminatinya. Seorang yang cenderung ke arah muzik akan menjadi ahli muzik yang baik dengan penumpuan yang diberikan terhadap bidang tersebut. Seseorang yang dapat mengembangkan minat didalam bidang tertentu atau dapat mengembangkan minatnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya, akan dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan lebih teratur dan sistematik kerana mereka dapat memberikan tumpun yang tinggi di dalam bidang tersebut. Oeh itu, untuk mendapatkan pandangan yang lebih positif atau untuk memberikan penumpuan terhadap sesuatu bidang atau pekerjaan atau pelajaran, kita perlu memupuk minat tersebut di dalam diri kita sendiri. Tetapi persoalannya sekarang ialah bagaimana kita dapat mengembangkan minat kita terhadap sesuatu perkara? Apakah cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan kita seorang individu yang mempunyai minat yang mendalam terhadap apa-apa pekerjaan yang kita lakukan? Adakah anda berminat untuk mengetahuinya? Alangkah baiknya jika kita mempunyai ilmu pengetahuan tersebut, maklumat yang boleh menjadikan kita seorang yang mampu mengarahkan diri kita untuk meminati apa saja perkara yang sedang kita lakukan…."tak kenal maka tak cinta'.. pepatah melayu ini mungkin dapat memberitahu kita sesuatu mengenai cara untuk meminati sesuatu bidang tersebut. Mungkin disebabkan ianya berkaitan dengan cinta, kita tidak sedar bahawa ada benarnya pepatah ini, dan ianya juga dapat diadaptasikan kepada persoalan yang lain dari soal cinta dan menjangkau ke segenap aspek kehidupan kita. Kenapa ada orang yang meminati bidang sastera, minat untuk melukis, gemar pada muzik dan benda-benda lain? Dan mereka begitu menumpukan perhatian terhadap apa yang mereka sedang lakukan seolah-olah lupa pada dunia sekeliling. Mungkinkah mereka sedang dirasuk? Apa yang dapat dijelaskan ialah mereka sebenarnya faham tentang aspek-aspek yang terdapat dalam bidang tersebut dan mereka sedar tentang perlunya memberikan penumpuan yang menyeluruh untuk menghasilkan sesuatu yang menarik atau sesuatu yang bagus. Mereka dapat merasakan atau memahami sesuatu yang harmoni yang beralun atau berlalu beriringan yang dapat mewujudkan keindahan melalui perbuatan mereka. Walau pun memang tidak disangkal bahawa terdapat mereka yang dianugerahi bakat semulajadi didalam diri seseorang individu tersebut mampu menyebabkan mereka cepat mengenali muzik atau bidang kesenian tadi yang akhirnya mengembangkan minat mereka dengan kadar yang lebih pantas. Tetapi bagaimana pula keadaannya jika kita tidak begitu berbakat. Sudah pasti kita menjadi sukar untuk memahami sesuatu bidang itu. Untuk kita fahami apakah kaitan antara sesuatu minat dalam diri seseorang dan pengaruhnya dalam kehidupan mereka serta bagaimana kita dapat meningkatkan tahap minat kita terhadap sesuatu perkara, ada baiknya kita membincangkan dahulu tentang keupayaan diri kita untuk memahami diri kita sendiri. Untuk itu kita akan bersama-sama menyingkap dan mengupas fungsi pemikiran kita dalam kehidupan seharian kita dan saya namakan topik tersebut sebagai....................

KEUPAYAAN PEMIKIRAN SEBAGAI

DAYA KEKUATAN DIRI

Keupayaan pemikiran kita mungkin merupakan kekuatan yang paling unggul dalam diri kita. Seorang yang berfikiran positif sentiasa melakukan perbuatan-perbuatan yang positif. Seorang yang percaya dan yakin bahawa dia mampu melakukan sesuatu kerja itu sudah pasti dapat melakukannya. Sebenarnya keupayaan pemikiran kita merupakan suatu kuasa yang akan menentukan sejauh mana pencapaian kita dalam perbuatan kita. Telah banyak buku-buku ditulis serta kajian-kajian sains dilakukan untuk menyelidiki kekuatan pemikiran yang seterusnya menghasilkan keyakinan dalam mempengaruhi kehidupan kita. Seorang yang sentiasa berfikir dan merasakan bahawa dia mampu melakukan sesuatu perkara sering memperlihatkan kejayaannya terhadap apa yang menjadi kepercayaannya. Bayangkanlah tokoh-tokoh yang terkenal seperti Abraham Lincoln yang hanya merupakan anak seorang peladang yang begitu gigih berusaha akhirnya menjadi salah seorang diantara orang yang paling penting di Amerika. Ataupun Harrison Ford yang datang ke Hollywood hanya sebagai tukang gilap kasut yang akhirnya menjadi pelakon terkenal ataupun Lou Ferigno yang membawa watak gergasi berbadan hijau ' The Incredible Hulk' yang pada suatu ketika dalam hidupnya dia merupakan budak yang paling kurus didalam kelasnya tetapi berjaya dalam beberapa tahun kemudiannya menjadi Jaguh Juara Bina Badan Dunia. Apakah punca kejayaan mereka? Mereka percaya yang mereka mampu dan akhirnya berjaya merealisasikan impian mereka. Tidakkah impian itu merupakan hanya suatu gambaran yang berlegar didalam fikiran kita. Jika kita beranggapan bahawa impian itu hanyalah sesuatu yang tidak dapat direalisasikan, adakah kita akan berjaya mencapai matlamat kita? Bayangkanlah dari awal-awal lagi kita telah mengatakan pada diri kita yang kita tidak mampu mencapai impian kita, sudah pasti kita sukar untuk mencapai impian tersebut. Cuba kita lihat disekeliling kita mereka yang telah berjaya. Apakah yang ada pada diri mereka yang dapat menjadikan mereka sebagai manusia yang berjaya. Sudah pasti mereka percaya bahawa mereka percaya mereka mampu buat apa yang orang lain mampu lakukan dan mungkin juga apa yang orang lain tidak mampu lakukan!Sebenarnya manusia dilahirkan dengan keupayaan pemikiran yang luarbiasa. Mungkin kita tidak menyedarinya, tetapi itulah yang sebenarnya. Keupayaan pemikiran kita sebenarnya umpama aliran-aliran elektrik yang mengalir didalam rumah kita. Jika kita menggunakan radio yang keupayaan kuasanya sekitar 60watt, sudah tentulah bunyi yang dihasilkannya lebih rendah dari sebuah radio lain yang kuasanya menjangkau sehingga 300watt. Begitu juga dengan keupayaan menerima isyarat, memainkan CD atau kaset. Ianya bergantung kepada kecanggihan radio tersebut. Dalam kaitan kuasa pemikiran dan pencapaian hidup, kita bolehlah diibaratkan seperti radio tadi yang mana kecekapannya bergantung kepada jenis radi yang kita gunakan. Ini bermakna jika kita memilih radio yang lebih baik, kita akan dapat menghasilkan penggunaan yang lebih baik. Cuma persoalannya sekarang ialah radio jenis apakah yang kita gunakan? Jika kita hendak menggunakan radio yang berkuasa yang lebih tinggi kita perlu berusaha lebih sedikit sebelum kita boleh menggunakannya berbanding jika kita memilih untuk menggunakan radio yang cukuplah sekadar boleh dengar. Begitu juga dengan aspek-aspek dalam diri kita. Kita boleh memilih corak kehidupan kita dan kita boleh berusaha untuk mengubah cara kehidupan kita menjadi lebih baik. Jika kita ingin menjadi individu yang mempunyai personaliti yang menarik, bercita-cita tinggi dan hidup dengan cara yang kita mahu, kita boleh melakukannya dengan melengkapkan diri kita dengan ciri-ciri yang perlu untuk mencapai keadaan yang kita hajati tersebut. 'Bak kata pepatah melayu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Kita tidak pulak bersua dengan pepatah yang mengatakan Kalau kita berjaya kita ada seribu daya dan kalau kita gagal kita hanya ada seribu dalih.Pernahkah dengar cerita tentang Thomas Edison? Orang yang mula-mula sekali menjumpai teknik bagaimana menghasilkan sebuah mentol filemen. Mungkin kerana daya usahanya yang begitu gigih dia berjaya menghasilkan apa yang kita gunakan sekarang untuk menerangi rumah kita pada waktu malam. Beliau merupakan seorang individu yang begitu tinggi motivasinya. Semasa mencuba untuk kali keseratus orang bertanya beliau samada beliau akan gagal lagi. Sebaliknya dengan penuh minat beliau mengatakan bahawa jika mentol beliau terbakar lagi, beliau tidak akan gagal, sebaliknya beliau berjaya, berjaya untuk menemui kaedah bagaimana membuat mentol yang terbakar. Menarik bukan? Apabila kita sentiasa mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara sehingga apa yang dipandang sebagai kegagalan daripada fikiran orang lain kita melihatnya sebagai suatu kejayaan dalam diri kita. Bolehkah kita memupuk minat seperti yang ditunjukkan oleh Edison? Mungkin boleh… Bagaimana? Mungkin kita boleh membantu diri kita dengan mengatakan kepada diri kita sendiri bahawa kita sememangnya berminat tentang perkara tersebut dan memandangnya sebagai suatu peluang untuk memajukan diri kita. Kita sentiasa meletakkan pemikiran dalam keadaan yang sentiasa positif sehinggalah kita melihat sebarang keputusan yang dihasilkan sebagai suatu tindakbalas atau suatu ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan matlamat. Dan kita boleh menganggapnya sebagai suatu kejayaan..tetapi sejauh manakah kejayaan itu?.. Setiap keputusan itu perlu kita terima sebagai suatu bentuk cabaran untuk memajukan diri kita ke tahap yang lebih baik dan sentiasa mendororng diri kita untuk menjadi progresif. Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini bahawa keupayaan pemikiran kita merupakan suatu daya yang mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mempengaruhi kita, dan kita boleh menggunakannya untuk membantu memupuk minat didalam diri kita. Kita boleh menggunakannya untuk mengembangkan keyakinan di dalam diri kita dan merasa tenang dan yakin dengan kemampuan kita..

Satu cara lagi untuk memupuk minat didalam diri kita ialah melalui penyelidikan terhadap diri kita dan mengenai apa yang hendak kita lakukan. Dengan mengetahui perkara-perkara atau maklumat-maklumat tentang perkara-perkara yang hendak kita lakukan, kita dapat memahami subjek tersebut dan membantu kita melaksanakan atau menumpukan terhadap sesuatu subjek. Cara mengumpukan maklumat-maklumat tersebut boleh dibuat melalui pembacaan, temuramah dengan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut, menonton video-video, atau mendengar kaset-kaset, atau menghadiri kursus dan sebagainya. Jika kita hendak bermain gitar misalnya, mungkin kita boleh membeli pita video panduan bermain gitar, atau berjumpa dengan rakan-rakan yang pandai bermain gitar dan boleh membeli buku-buku yang berkaitan. Bagaimana kalau kita hendak berkebun dan menanam buah-buahan tempatan…. Cara yang sama…. Membeli buku-buku, berjumpa dengan pegawai pertanian, dan sebagainya. Walau pun untuk memupuk minat ini bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya juga tidaklah begitu sukar. Contohnya jika kita tidak tahu memandu, pastilah kita akan menghadapi kerumitan jika kita ingin memandu. Tetapi sebaliknya kalau kita tahu memandu, kita pastinya tahu apa yang perlu kita buat semasa memandu. Kita faham mengenai selok belok pemanduan, apa yang akan jadi jika kita menekan brek, menekan minyak, memusingkan steering kekiri dan kanan serta kita tahu untuk mengagak kelajuan, bagaimana mengelakkan kereta dari masuk parit, dan sebagainya. Tetapi bagaimanakah perasaan kita semasa mula-mula belajar memandu? Pastinya ianya sesuatu yang agak sukar bukan. Tetapi setelah kita belajar dan terus belajar dan menjadi biasanya memandu, bukankah ianya tidak sesukar yang pernah yang kita bayangkan? Bak kata pepatah "alah bisa........tegal biasa".Kehidupan merupakan suatu proses yang kita sama-sama melaluinya dan semasa kita masih hidup inilah kita berusaha untuk menjadikan kehidupan ini suatu yang bermakna dan penuh erti dan terus berusaha untuk mencapi kecemerlangan diri. Ada manusia yang hidup dan menjalani penghidupan yang penuh erti.dengan nilai-nilai murni, ada juga yang kehidupannya menjadi tidak bererti apa-apa baginya. Tidak kurang juga yang menghabiskan sebahagian besar kehidupannya dalam penjara. Sememangnya kehidupan ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan kita hidup bersama-sama berbillion-billion lagi manusia yang mempunyai pelbagai jenis cara, ragam, gaya, warna kulit dan sebagainya dimana kita semua bersama-sama menghuni planet ini yang terletak dalam sistem galaksi Bima Sakti salah satu diantara berjuta-juta galaksi lainnya yang terhampar memenuhi ruang alam raya ini. Oleh itu terpulanglah pada kita bagaimana kita memilih untuk terus menjalani kehidupan ini. Kita semua dianugerahkan akal dan fikiran yang mana dengannya kita mampu berfikir dan mampu memilih apa yang kita rasakan yang terbaik untuk diri kita. Apakata kalau kita imbas kembali apa yang telah kita bincangkan sehingga kini. Kita telahpun melihat peranan motivasi dalam meningkatkan pencapaian diri kita. Kita juga telah mengkaji beberapa aspek-aspek yang perlu ada dalam diri kita untuk menjadi manusia yang bermotivasi untuk terus berusaha mencapai matlamat kita. Kita juga menyentuh tentang peranan minat untuk kita terus mengembangkan tahap pencapaian kita disamping menjadi pendorong untuk kita terus berusaha. Apakah kita perlu terus berbincang atau cukup setakat ini kerana rasanya melalui perbincangan kita telahpun memberikan suatu sumber inspirasi dalam diri kita.? Mungkin juga kita merasakan perbincangan ini perlu diteruskan kerana masih banyak topik-topik yang tidak kurang pentingnya yang mungkin boleh kita? Seperti yang telah kita kupas, perbincangan kita hanya baru bermula. Dan apa yang istimewa tentang perbincangan kita ialah semakin lama ianya menjadi semakin menarik dan semakin banyak maklumat dapat kita perolehi melalui perbincangan ini. Saya percaya kita telahpun memulakah langkah-langkah awal dalan diri kita untuk mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih dinamis. Saya juga percaya kita telah pun mempunyai tahap motivasi yang lebih baik dan bersedia untuk meneruskan perbincangan kita untuk membahaskan isu-isu lainnya yang akan memberikan kita sedikit-sebanyak ilmu pengetahuan untuk membina inspirasi dalam diri kita. Sekarang ada baiknya kita mula membincangkan suatu aspek yang mempunyai pengaruh yang besar dalam diri kita. Aspek ini merupakan suatu aspek yang penting bagi meyokong aspek-aspek lainnya dalam membina inspirasi dalam diri kita. Aspek ini juga merupakan diantara nilai-nilai dalam diri kita yang mampu untuk menggerakkan kita untuk mengubah keadaan atau cara kehidupan kita. Untuk memulakan tindakan atau sesuatu yang baru kita haruslah mempunyai nilai diri yang dapat mendorong menghasilkan suatu daya yang berterusan yang sentiasa mengingatkan kita tentang. Apakah aspek yang dapat menghasilkan daya secara berterusan? Untuk memahaminya kita akan membincangkan suatu topik yang saya kira mampu membuatkan kita terangsang hanya dengan melihat secara ringkas topik tersebut. Aspek ini yang tahapnya berbeza antara seseorang dengan individu-individu lain ialah............................................

NILAI SESEBUAH KEAZAMAN

Tahun baru menjelang tiba dan seperti biasa apabila masuk hari pertama bulan Januari dalam tahun berikutnya kita sudah pasti ada beberapa azam yang kita tentukan untuk kita capai dalam tahun tersebut. Macam-macam azam yang kita fikirkan untuk kita capai. Ada orang berazam dia nak berhenti merokok, ada yang nak menjadi bapa mithali, ada yang nak memperbaiki sikap-sikap buruk dalam dirinya, ada yang berazam pula nak menjadikan tahun baru ini sebagai tahun kejayaan. Tetapi apa yang pasti apabila berakhirnya tahun tersebut kita akan mengimbas kembali sama ada kita telah dapat melaksanakan azam kita atau tidak. Sesetengah kita mungkin berjaya mengurangkan makan seperti yang kita azamkan sebelumnya. Sesetengah kita mungkin hanya berjaya melaksanakan azam mereka hanya untuk tempoh sebulan pertama. Malah mungkin juga kita cuma mampu bertahan sehingga hari pertama atau jam pertama sahaja dalam tahun tersebut. Apapun keputusannya apabila kita berazam untuk melakukan sesuatu perkara tersebut biasanya kita akan lebih bermotivasi dan lebih bersemangat unuk melaksanakan azam kita. Bila kita berazam untuk melakukan sesuatu kita seolah-olah mencabar diri kita dan membisikkan kehati kita apa-apa yang kita ingin capai atau ingin berubah atau sebagainya. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita mencipta atau merangka azam baru apabila terjadinya sesuatu peristiwa atau setelah ada perkara yang selama ini tidak kita jangka yang telah menerbitkan suatu keazaman dalam diri kita. Sudah tentu kita semua pernah berazam, setidak-tidaknyanya kita akan berazam apabila tiba tahun baru. Ataupun setelah mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam peperiksaan, kita berazam untuk memperbaiki pencapaian kita dalam peperiksaan akan datang. Mungkin juga kita berazam untuk menjadi lebih rajin setelah kita dimarahi oleh Bos kita apabila dia mendapati kita tidak effektif dalam kerja kita dan terus memarahi kita dihadapan beberapa pekerja yang lain.Kenapa suatu azam itu penting dalam kehidupan kita? Apabila kita berazam, biasanya kita telah berbisik atau berkata dalam diri kita serta mencabar diri sendiri.untuk melakukan sesuatu perkara. Secara tidak langsung apabila kita berbuat demikian, kita telah berkomunikasi dalam diri kita sendiri. Kita telah pun menyampaikan maklumat-maklumat ke dalam diri kita dalam bentuk yang paling effektif sekali iaitu dengan memberitahu secara dalaman kepada otak kita sesuatu perkara dan ianya disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh kita dengan lebih pantas. Otak kita merupakan suatu lebuh raya maklumat semulajadi yang paling effektif. Ianya lebih effektif daripada jaringan-jaringan sistem maklumat yang kita pernah temui. Sel-sel dalam badan kita yang terdiri dari sel-sel saraf dan sel-sel deria yang lainnya di sambungkan kepada otak kita yang bertindak sebagai tempat untuk kita memproses segala maklumat yang kita perolehi dan kemudiannya menterjemahkan maklumat tersebut kedalam bentuk tetentu yang boleh difahami dan setelah itu menghasilkan suatu keputusan atau analisa mengenai maklumat yang diproses untuk menghantar keputusan tersebut kebahagian lain dalam tubuh kita untuk tindakan selanjutnya dan sebagai maklumbalas terhadap maklumat itu tadi. Contohnya jika kita melihat pemandangan indah matahari pada waktu senja, deria penglihatan kita iaitu mata yang mempunyai beberapa bahagian-bahagian penting seperti kanta mata, kornea dan retina akan menangkap imej atau pemandangan tersebut. Arca yang dihasilkan di atas retina tersebut akan dihantar ke dalam otak kita melalui saraf-saraf penghantar. Setelah itu, maklumat-maklumat tersebut akan diproses dengan pantas lalu kita menterjemahkan arca pemandangan tersebut berdasarkan suatu asas maklumat storan pemikiran kita. Asas maklumat yang terdapat dalam sistem otak kita juga dapat mempengaruhi kita didalam menterjemahkan imej tersebut. Mungkin juga kita boleh melihat contoh berikut, katakanlah kita ingin menyelesaikan persoalan arithmetik tersebut ..:-

SELESAIKAN OPERASI ARITHMETIK BERIKUT :-
9 + 3 = ________________

Apakah yang sebenarnya yang kita nampak? Jika kita mempelajari sedikit sebanyak bidang arithmetik, sudah tentu otak kita dapat menterjemahkan apa dengan jelas persoalan arithmetik tersebut dan berdasarkan asas maklumat yang telah kita pelajari sebelum ini, kita tahu apa yang perlu dilakukan iaitu tanda + bermaksud menambahkan bilangan nombor sebelumnya dengan nombor berikutnya. Dan untuk soalan diatas kita akan dapat memberikan jawapan sebagai 12. Tetapi dalam hal di atas, kita berhubung dengan otak kita melalui deria-deria kita dan ianya merupakan suatu maklumbalas yang dihasilkan melalui proses yang mana data dimasukkan ke dalam persekitaran dalaman (otak) melalui bantuan deria. Sebaliknya mengucapkan sesuatu atau memikir mengenai sesuatu untuk memulakan azam merupakan suatu proses yang bermula dari dalam diri kita dan terus dihantar ke otak (persekitaran dalaman ke persekitaran dalaman). Bukankah ini merupakan proses yang lebih cekap dan berkesan, jika dibandingkan dengan proses arithmetik yang baru kita selesaikan tadi? Oleh itu sudah tentulah apabila suatu operasi itu menjadi lebih berkesan, keputusan yang lebih baik dapat kita hasilkan!Apa yang cuba kita bincangkan disini ialah apabila kita menyatakan azam dalam diri kita, kita sebenarnya telah menjalani suatu operasi penyampaian maklumat kedalam minda dengan lebih berkesan. Sebenarnya seperti yang telah kita bincangkan, pemikiran kita mempunyai keupayaan yang tinggi yang mampu menghasilkan suatu keputusan yang diluar jangkauan kita. Sekiranya maklumat tersebut dapat disampaikan dengan lebih berkesan dalam pemikiran kita bayangkanlah bagaimana sesuatu keputusan yang jauh lebih baik dapat kita hasilkan! Melalui kajian sains, dalam otak kita terdapat dua jenis ingatan yang kita boleh kelaskan sebagai ingatan sedar dan separuh sedar atau concious atau sub-concious dalam bahasa Inggerisnya. Di antara kedua-duanya, ingatan sedar mempunyai fungsi yang bersifat lebih fizikal yang menghasilkan maklumbalas-maklumbalas terhadap perkara-perkara seperti jika kita mempelajari sesuatu perkara, kita akan mengingati perkara tersebut dan apabila kita bersua dengan perkara-perkara berkaitan, kita akan segera menghubungkannya dengan apa yang telah kita pelajari. Sebaliknya, ingatan separuh sedar merupakan sesuatu yang bersifat abstrak yang mana ianya merupakan dimana kita meletakkan nilai-nilai kehidupan kita. Dalam hal ini ianya merupakan maklumbalas yang lebih bersifat kerohanian yang merupakan tanggapan atau cermin sebenarnya apa yang ada dalam diri kita sendiri. Melalui kedua-dua jenis ingatan inilah kita menterjemahkan serta melalui kehidupan kita dan menghasilkan maklumbalas-maklumbalas tetentu. Dan apakah yang berlaku apabila kita berkomunikasi dalam diri kita sendiri? Nilai-nilai rohani dan jasmani dalam diri kita akan menjadi lebih terserlah dan ini akan menghasilkan suatu keputusan yang hebat!Nampaknya kita sudah menjadi bertambah peka terhadap apa yang penting dalam diri kita? Kita nampak kepentingan menyatakan keazaman tersebut dan kita telah tahu bagaimana ianya dapat memberikan pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan kita. Jadi jangan kemana-mana kerana selanjutnya kita akan terus membincangkan suatu topik yang saya kira amat penting kerana ianya dapat mempengaruhi serta merubah corak kehidupan kita serta mampu menjadikan kita seorang individu yang lebih effektif, lebih dinamis dan lebih berkeyakinan untuk terus menghasilkan kejayaan dalam diri kita dari semasa kesemasa. Dengan itu kita akan melihat bagaimana melakukannya dengan cara..............................

MEMPERBAHARUI AZAM

Siapakah yang bertanggungjawab menyuruh kita memilih azam kita? Kenapakah kita hanya berazam pada awal tahun baru? Jawapnnya ialan diri kita sendiri. Kita memilih azam kita dan kita memilih untuk memulakan azam kita pada setiap awal tahun. Apakata kalau kita memilih untuk memperbaharui azam kita setiap hari? Sudah tentu kita akan dapat mendapat satu semangat baru setiap masa. Jadi bayangkanlah jika kita dapat memperbaharui azam kita setiap masa. Alangah baiknya kita dapat melakukan setiap perkara dalam setiap masa dengan penuh keazaman. Untuk memperbaharui azam kita pada setiap masa bukanlah sesuatu yang sukar. Apa yang perlu kita fahami ialah kita haruslah terlebih dahulu menanam minat untuk melakukan sesuatu perbuatan itu dan seperti yang telah kita sama-sama persetujui, apabila kita berminat dalam sesuatu hal, kita pasti akan mempunyai semangat yang lebih teguh. Apabila minat telah timbul dalam diri kita, sudah pasti kita lebih mudah untuk memperbaharui azam kita. Bagaimana? Saya syorkan kita lakukan latihan berikut. Apabila kita terfikir untuk memperbaharui kita, cuba bayangkan kembali perkara-perkara yang mampu mencabar keupayaan kita ataupun bayangkan perasaan kita apabila kita sedar bahawa kita berjaya melaksanakan azam kita. Kemudian berbisiklah kepada diri kita tentang azam kita itu. Bisikkan kepada diri kita beberapa kali sehingga kita menjadi yakin tentang kemampuan diri kita. Tentunya setelah melakukan latihan itu kita telah menjadi lebih yakin dan lebih bersemangat dan kita merasakan suatu perubahan didalam diri kita. Seperti yang kita telah bincangkan, apa-apa perkara yang kita fikirkan dalam otak kita dizahirkan oleh sifat-sifat fizikal kita. Jadi apabila kita ingin membisikkan azam tersebut, adalah lebih baik jika kita terlebih dahulu menarik nafas, berada dalam keadaan tenang dan mungkin membetulkan kedudukan fizikal kita kepada suatu keadaan yang paling konfiden dalam diri kita. Apabila kita mengucapkan sesuatu dengan yakin, bermakna kita mempunyai pemikiran yang benar-benar yakin terhadap kebolehan kita. Kita menzahirkan kepercayaan diri kita dalam bentuk fizikal dengan ketegasan serta nada suara keyakinan yang bersemangat.Sebenarnya terdapat beberapa lagi pendekatan yang boleh kita gunakan untuk mempertingkatkan lagi tahap keazaman kita. Bagi sesetengah individu, mereka mungkin akan membina kejayaan-kejayaan kecil dalam diri mereka sebelum mencipta kejayaan yang lebih besar. Mungkin sesetengah individu dapat meningkatkan tahap keazaman mereka dengan sentiasa memandang kearah mereka yang telah berjaya. Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini keadaan ini juga dipengaruhi oleh kecenderungan penerimaan mereka samada dalam bentuk AUDIO, VISUAL atau KINESTATIK. Individu-individu yang lebih cenderung kepada penerimaan AUDIO mungkin dapat mempertingkatkan keazaman diri dengan mendengar pita-pita rakaman mengenai motivasi, keazaman dan sebagainya. Begitu juga dengan individu-individu lain yang mempunyai kecenderungan untuk menerima melalui cara VISUAL dan KINESTETIK kita boleh menentukan apakah perkara-perkara yang kita lakukan untuk meningkat keazaman diri kita. Secara amnya, jika kita mampu mengawal pemikiran kita, kita akan menjadi lebih mudah untuk melakukan segala perkara-perkara yang dapat membantu perkembangan diri kita dan meningkatkan pencapaian diri kita untuk terus tabah menghadapi cabaran yang akan kita hadapi dalam proses kehidupan kita untuk membina kejayaan-kejayaan kita. Jadi stelah mengetahui beberapa faktor-faktor penting yang dapat membantu kita membina inspirasi dalam diri kita apakah yang akan kita lakukan? Adakah kita akan membiarkan semua perkara-perkara tersebut terus tersimpan dalam ruang ingatan dalam otak kita ataupun kita hendak gunakannya untuk terus maju dengan menjadikan ilmu-ilmu yang kita pelajari dengan lebih berguna. Saya percaya kita sudah pasti ingin maju dan justeru itu sudah pasti kita akan mula mengamalkan perkara-perkara tersebut dalam diri kita untuk terus mencapai matlamat kita dan mencipta kejayaan-kejayaan selanjutnya. Untuk tujuan tersebut juga kita akan meneruskan perbincangan kita dengan melihat ke suatu sudut lain dalam aspek kehidupan kita yang sering mengukur kemampuan diri kita dalam menghadapi cabaran. Jika kita pusatkan pemerhatian kita kearah mereka-mereka yang telah berjaya seperti Abraham Lincoln, Stevestor Stallone, Harrison Ford dan tokoh paling unggul dalam sejarah kebangkitan tamadun manusia iaitu Nabi Muhammad, kita akan melihat suatu ciri yang jelas terdapat dalam diri mereka iaitu………………….