Topik 4 : Ketabahan, Kecekalan dan Kesabaran
Menempuh Dugaan
Perbincangan :-
Pernahkah anda membaca kisah-kisah hidup orang-orang
yang terkemuka dalam sejarah dan bagaimana mereka terus meneruskan
perjuangan mereka dengan sifat ketabahan luar biasa yang akan
membuatkan kita merasa kagum memikirkan bagaimanakah mereka dapat
terus berusaha-dan terus berusaha tanpa mengenal jemu, tanpa menghiraukan
sebarang pengaruh negatif dan sentiasa mencari jalan dan berikhtiar
untuk terus berjaya. Bagaimana Albert Einstien yang pernah gagal
dalam matematik semasa mengaji di universit menjadi antara ahli
sains yang paling terkemuka dalam bidang fizik yang banyak melibatkan
pengiraan, bagaimana Wright bersaudara dapat meneruskan usaha
mereka yang dianggap oleh hampir semua orang sebagai suatu idea
yang gila untuk menerbangkan apa yang kita kenal sebagai kapal
terbang?Sememangnya kejayaan merupakan suatu benda yang tidak
dikecapi oleh semua manusia. Mungkin seseorang individu itu kaya
dan berharta, mempunyai segala yang dihajati, tetapi tidak sepertinya
dia seorang yang benar-benar berjaya. Ada jutawan yang didapati
mati membunuh diri, contohnya pelakon filem yang terkenal John
Eric Hexum yang menembak kepalanya sendiri dengan pistol, ataupun
kita boleh lihat kisah Marilyn Monroe, juga mati membunuh diri
memakan pil tidur, sedangkan jika kita lihat, individu-individu
ini mempunyai segala apa yang dihajati oleh manusia. Mereka kaya,
terkenal dan menarik, menjadi perhatian seluruh manusia diseluruh
dunia. Tapi mereka tidak merasa bahagia dan berpuashati dengan
kehidupan mereka. Sebenarnya apa yang perlu ada dalam diri seseorang
individu iyang ingin terus menikmati kehidupan didunia ini juga
memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam semua perkara. Kita mestilah
tabah menghadapi segala dugaan hidup. Saya masih ingin semasa
saya di universiti dahulu, saya mempunyai seorang kawan bernama
Rizal. Dia merupakan antara individu yang saya kenali yang mempunyai
ketabahan yang luar biasa. Mengapa? Walau pun beliau merupakan
antara insan yang malang yang lumpuh anggota kakinya, beliau tetap
terus berusaha dan berusaha hingga berjaya mencapai matlamatnya.
Semasa saya sama-sama belajar dahulu kadangkala kami duduk dikelas
yang sama. Saya sering menawarkan bantuan untuk menolak kerusi
rodanya atau pun mengangkatnya. Apa yang mengagumkan saya ialah
beliau sering menolak pertolongan saya dan dengan bersusah payah
bergerak menuju ke bilik kuliah. Dan bila saya tanya mengapa dia
tidak mahu menerima pertolongan saya? Katanya, dia terpaksa berbuat
demikian demi untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang lebih besar.
Beliau sedar bahawa beliau perlu lebih tabah dan cekal. Oleh itu
beliau haruslah mencabar diri beliau sendiri untuk mendorong beliau
untuk tidak berputus asa. Kini setelah beberapa tahun berlalu,
saya sempat berjumpa dengannya dan dia telah pun menamatkan pengajiannya
dan memperolehi BSc. Dan kini bertugas disalah sebuah universiti
tempatan.Sebenarnya apabila kita berdepan dengan halangan-halangan
yang dapat melunturkan semangat kita, kita haruslah sentiasa menjadi
manusia yang tahan diuji dan cekal untuk meneruskan perjuangan
kita. Pernahkah anda mengalami saat-saat genting yang mencabar
tahap kesabaran anda? Yang menguji sejauh manakan kesediaan kita
menghadapi rintangan dan apakah kita sudah cukup tabah untuk mengorak
langkah lebih jauh ke hadapan? Sebenarnya apabila kita berada
dalam suatu keadaan dimana terdapat penghalang yang dapat menghalang
kita untuk terus maju, ianya merupakan suatu cabaran yang bukan
sahaja dapat mengukur ketabahan kita malah ianya mengukur cara
pemikiran kita. Jika kita mengira halangan itu sebagai suatu masalah
maka sudah tentu kita sukar meneruskan lagi usaha kita. Malah
kita terpaksa menghadapinya dengan keadaan tertekan. Apabila kita
berada dalam keadaan tertekan, maka kemampuan berfikir kita menjadi
berkurangan dan keyakinan diri kita mungkin akan tergugat. Tapi
bagaimanakah jika kita berpendapat bahawa apabila kita berdepan
dengan suatu halangan kita menganggapnya sebagai suatu peluang
bagi diri kita meneroka lebih jauh dalam aspek kehidupan kita,
mengukur kemampuan diri dan menyelidiki aspek-aspek lain didalam
diri kita? Sudah tentu pemikiran kita menjadi lebih positif dan
kita akan menjadi lebih optimistik dan lebih yakin. Apabila kita
menerima sesuatu musibah sebagai suatu rahmat, sudah pastilah
kita akan terus tenang dan lebih bersemangat untuk terus berusaha.
Pendangan kita terhadap apa yang menimpa kita juga sudah lebih
terbuka dan bersifat membina. Keadaan akan berubah dan kita melihat
kehadapan dengan lebih positif. Apabila kita memikirkan sesuatu
kearah kebaikan, kita akan memfokuskan pemikiran kita untuk tujuan
tersebut dan secara tak langsung atau separa sedar akan mendorong
penghasilan keputusab yang lebih baik Kita akan menjadi optimistik
dalam kehidupan dan sentiasa tenang.
Kumpulan Kembara pernah menyanyikan lirik
berikut didalam sebuah lagunya :-
Apakah yang cuba digambarkan oleh lirik tersebut?
Sudah tentu kita dapat membayangkan ketabahan yang di utarakan
melalui lirik lagu tersebut. Bagaimana dia menyatakan semangat
juang yang tinggi yang tertanam didalam jiwa untuk terus menempuhi
arus kehidupan dunia ini.
Sebenarnya dalam menempuhi kehidupan ini,
kita sering berhadapan dengan perkara-pekara serta pengalaman-pengalaman
baru yang mengundang pelbagai pengajaran dan aneka jenis pengetahuan
untuk kita garap dan untuk kita jadikan teladan dan sempadan.
Kita sering berkata yang baik jadikan teladan dan jika sebaliknya
kita jadikan sempadan. Bermakna apabila terdapat perkara-perkara
yang baik, kita haruslah menjadikannya sebagai pedoman untuk terus
berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya. Apakata kalau kita
kembangkan sifat ketabahan dalam diri kita untuk terus tabah dalam
menjalani kehidupan? Kita terus menjadikan ketabahan sebagai suatu
nilai unggul dalam kehidupan kita supaya kita menjadi seorang
yang kuat sabar dan cekal. Alangkah menariknya kehidupan menjadi
seorang yang cekal yang sentiasa mahu untuk mencuba sekali lagi
tanpa mengenal erti jemu. Sentiasa mempunyai motivasi dan idea
serta keazaman yang tinggi dan terus disertai oleh sifat-sifat
tabah, cekal serta sabar. Untuk menjadi seorang yang tabah, kita
haruslah mempunyai keyakinan dan cara pemikiran yang betul. Kita
haruslah sentiasa melihat kearah sesuatu perkara dengan positif
dan optimistik. Kita harus berani menahan segala bentuk halangan
dan faktor-faktor yang cuba melunturkan semangat kita dengan sikap
yang lebih optimistik Apabila kita melihat sesuatu perkara dari
arah positif, kita sudah tentu akan lebih bersedia untuk menempuhi
cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan tersebut kerana kita mempunyai
tujuan dan wawasan yang menyokong pencapaian kita. Seperti Rizal,
beliau tidak pernah menganggap kekurangan pada diri beliau sebagai
penghalang untuk memperolehi kejayan. Tetapi beliau melihatnya
dari sudut yang positif. Beliau melihat kehadapan dan melihat
dirinya sebagai orang yang lebih berjaya. Beliau sentiasa mempunyai
suatu keyakinan dalam diri mereka bahawa hari-hari esok sentiasa
lebih baik dari hari-hari yang pernah dilaluinya. Pernahkan kita
ditimpa suatu musibah dan bagaimanakah kita menghadapinya? Ataupu
pernahkah kita gagal didalam sesuatu pekerjaan dan gagal mencapai
matlamat kita? Bagaimanakah perasaan kita? Apakah tindakan kita?
Dan apakah yang kita lakukan? Apabila kita dapat mengarahkah pemikiran
kita menjadi lebih optimis bila berlaku kekurangan dalam perancangan
kita, kita katakan pada diri kita apa yang berlaku sebenarnya
baru bermula dan jalan yang perlu kta lalui masih jauh? Memikiran
perkara-perkara yang kekurangan dalam perancangan kita dengan
pandangan yang optimis serta sentiasa menyatakan dalam diri kita
bahawa hari ini merupakan suatu permulaan untuk kita melangkah
dengan jauh kehadapan merupakan cara terbaik bagi kita teus mengembangkan
sifat ketabahan yang terdapat dalam diri kita. Sesungguhnya tidak
dinafikan bahawa dengan mempunyai sifat ketabahan yang kukuh dalam
diri kita sentiasa dapat menjadikan kita seorang manusia yang
lebih cemerlang. Ketenangan, pengertian serta keseronokan hidup
dapat kita kecapi apabila kita berjaya mengawal diri kita untuk
terus sabar dan cekal untuk merealisasikan impian kita. Dengan
mengawal diri kita dalam setiap perkara, kita sentiasa mampu untuk
berfikir dengan lebih rasional dan mampu untuk menukarkan setiap
keadaan dalam diri kita menjadi lebih mencabar, lebih menarik
serta sentiasa ingin melakukan setiap perkara dengan bersungguh-sungguh.
Setiap perbuatan akan menjadi lebih teratur, teliti, terancang
dan bermakna. Dengan itu apabila kita berdepan dengan dugaan tersebut
kita mampu untuk melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang
dapat mendorong kita, dapat menghasilkan lebih banyak kebaikan
dalam diri, lebih innovatif dan kreatif. Dalam perbincangan selanjutnya
kita akan melihat bagaimana dengan mengilhamkan sedikit pengertian
dalam diri kita setiap dugaan itu akan hadapi dengan lebih optimistik,
lebih positif dan lebih menguntungkan serta mampu memberikan sumber
tenaga yang luar biasa, menjadikan kita insan yang lebih tekun,
meningkatkan kesabaran serta ketabahan dalam diri. Untuk tujuan
tersebut kita akan menceritakan bagaimanakah kita mampu menjadikan
sesuatu perkara menjadi lebih penting dalam menentukan keupayaan
kita serta memperlihatkan kemampuan diri kita. Sudikah untuk terus
berbincang? Sekiranya sudi, syabas saya ucapkan dan kita akan
terus bersama-sama berbincang untuk mempertingkatkan pencapaian
diri kita dalam topik berikutnya iaitu...............
Cabaran? Apakah yang dimaksudkan dengan cabaran?
Kenapakah kita dicabar? Siapakah yang akan mencabar kita? Apakah
kepentingan cabaran dalam hidup kita? Sesuatu cabaran itu biasanya
akan menentukan keupayaan kita dalam sesuatu perkara jika kita
menerima cabaran tersebut. Cabaran dapat mendorong kita menjadi
lebih tekun dan lebih bersemangat untuk terus berjuang untuk membuktikan
keupayaan kita. Apabila kita terasa dicabar, kita akan terangsang
untuk membuktikan bahawa kita mampu menghadapi cabaran tersebut
dan kita mampu melakukan perkara-perkara itu. Kita mungkin merasa
malu apabila kita kurang berjaya mengatasi cabaran tersebut. Oleh
itu apakata mulai hari ini kita jadikan setiap dugaan sebagai
suatu cabaran bagi diri kita. Kita cabar diri kita untuk membuktikan
bahawa kita juga seorang yang mampu untuk mengatasi dugaan tersebut.
Bagaimanakah kita mencabar diri kita? Apakah yang hendak kita
cabar? Apabila kita berdepan dengan sesuatu dugaan dalam hidup,
apakata kita bisikkan dalam diri kita supaya menghadapi dugaan
tersebut. Kita kata pada diri kita supaya kita supaya terus berusaha
dengan tabah dan tekun. Katakan apabila kita mendapat markah yang
rendah dalam peperiksaan, apakata jika kita cabar diri kita untuk
menjadi pelajar terbaik untuk peperiksaan seterusnya. Kita cabar
diri kita supaya belajar dengan lebih tekun. Apabila kita mencabar
diri kita, bermakna dengan sendirinya kita mendorong diri kita
supaya terus berusaha. Kita terus menyerapkan semangat dalam diri
kita. Dengan itu kita juga secara tidak langsung mengajar diri
menjadi lebih tabah. Apa yang pasti ialah, kita sendiri perlu
berhubung dengan diri kita untuk menghadapi segala dugaan dan
meningkat ketabahan kita. Kita perlu menyatakan kepada diri kita
bahawa kita merupakan seorang yang tabah, yang mampu mengharungi
segala cabaran hidup. Kita haruslah membayangkan diri kita sebagai
seorang yang tabah, yang mampu menahan derita serta sabar menghadapi
keadaan-keadaan tertentu yang sedang kita alami. Pernah suatu
masa dahulu saya didatangi oleh seorang kawan. Dia memang telah
lama minat dengan seorang dan ingin menjadikannya teman hidup.
Tapi apa yang tak kena ialah wanita itu tetap menolak dirinya.
Jadi kami pu mengadakan beberapa sessi perbincangan dan akhirnya
kami sampai ke suatu tahap apabila saya katakan padanya bahawa
apabila dia tidak berjaya memikat hati gadis itu bukanlah bermakna
dia gagal tetapi dia belum berjaya. Dia belum berjaya menemukan
suatu perkara atau belum faham teknik-teknik yang betul untuk
memulakan perbualannya. Apa yang dilakukannya mungkin kurang sesuai
dengan karektor gadis tersebut. Mungkin tidak menggunakan bunga
bahasa yang sesuai, atau mungkin tingkahlaku kita menimbulkan
keraguan pada gadis tersebut, atau mungkin juga kita tidak kena
masa ketika kita berjumpa dengannya. Selanjutnya saya kata padanya
apakata sekarang ni kita anggap apa yang telah berlaku itu sebagai
suatu cabaran. Kita cabar diri kita supaya belajar dengan lebih
tekun. Mencabar diri kita sendiri bermakna kita menyerapkan semangat
juang ke dalam diri kita. Dengan cara yang tak langsung kita telah
mengatakan kepada diri kita bahawa kita adalah seorang yang mampu
menangani cabaran. Kita perlu mengatakan pada diri kita bahawa
kita akan menghadapi segala cabaran tersebut dan akan dapat melihat
kita bercaya dalam menempuhi dugaan.
Kadangkala di dalam menempuhi cabaran, kita
terpaksa menggunakan segala sumber kekuatan diri kita untuk terus
tabah menempuhinya. Katakanlah anda telah mencabar diri anda untuk
berjaya pada peperiksaan kali ini. Tetapi sebaliknya anda tidak
berjaya mendapat markah yang sepatutnya. Apa yang perlu anda lakukan?
Mungkinkah anda akan terus patah semangat? Atau pun lebih baik
jika anda terus mencabar diri anda untuk memperolehi markah yang
lebih baik? Mungkin anda berasa telah banyak usaha yang telah
anda lakukan untuk mendapatkan markah yang baik. Tetapi mungkin
apa yang tidak kita ketahui ialah teknik-teknik yang betul untuk
mencapai sesuatu kejayaan itu. Sebagai satu gambaran mungkin kita
boleh mengambil contoh berikut. Katakanlah anda ingin membuka
tin sadin yang diperbuat daripada logam. Biasanya tin ini bercantum
dan untuk membukanya kita kena gunakan alat yang betul. Bagaimana
kalau anda menggunakan gunting untuk membukanya? Sudah tentu ianya
akan menjadi sukar dan mungkin anda tidak langsung dapat membuka
tin tersebut. Tetapi bagaimana kalau kita menggunakan alat pembuka
tin?.. Ianya lebih mudah bukan? Tetapi sebelum menggunakan alat
pembuka tin tersebut, kita juga harus tahu bagaimana menggunakannya.
Begitu juga dalam menghadapi peperiksaan tadi, kita perlu tahu
apakah cara-cara dan kaedah yang sesuai di gunakan untuk mendapat
markah yang baik. Jika kita cepat berputus asa, secara tidak langsung
kita telah menggagalkan diri kita sendiri tetapi sebaliknya, jika
kita terus tabah, kita akan terus dapat mencipta kejayaan
Apa kata bila kita kurang berjaya untuk mencapai
matlamat kita, kita kata dalam diri kita bahawa kita belum berjaya.
Kita katakan kita mungkin belum lagi menemui kaedah yang sesuai
yang benar-benar akan membantu kita mencapai matlamat kita. Kita
belum mengetahui bagaimana kita perlu menghadapi keadaan tersebut.
Kita masih lagi perlu mengetahui aspek-aspek yang menyebabkan
kita kurang berjaya. Kita cermin dahulu diri kita dan kita lihat
apakah yang kurang dan yang perlu kita perbaiki untuk membolehkan
kita maju dan terus maju. Katakan kita kalah dalam perlawanan
badminton. Kita anggap kekalahan itu sebagai suatu cabaran untuk
diri kita untuk memenangi perlawanan lain. Kita katakan kepada
diri kita bahawa kekalahan itu disebabkan oleh kita belum benar-benar
bersedia. Bukan kerana kita tak pandai bermain badminton. Masih
banyak lagi peluang kita untuk memenangi perlawanan lainnya dan
kita perlu berlatih dengan lebih bersungguh-sunguh lagi. Begitu
juga jika kita tidak lulus dalam suatu matapelajaran, kita anggap
ianya sebagai suatu cabaran bagi diri kita untuk terus belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh. Kita katakan pada diri kita apabila
kita tidak lulus bukan bermakna kita tidak pandai. Tetapi kita
belum pandai. Kita belum berjumpa kaeah pembelajaran yang betul.
Kita belum lagi berjumpa dengan kemampuan diri kita yang sebenar
dan masih mencari-cari kaedah terbaik untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang. Apabila kita mampu untuk terus membina keyakinan
diri barulah kita akan terus menjadi manusia yang terus tabah
untuk menghadapi segala macam dugaan hidup. Dan mampukah kita?
Sudah tentu kita mampu kerana kita juga seperti orang-orang yang
lain disekeliling kita mempunyai segala macam kelebihan masing-masing.
Apabila kita mempunyai sesuatu yang lain dari orang lain kita
harus anggapkan itu sebagai suatu kelebihan. Sebagai suatu nilai
yang istimewa dalam diri kita. Sebagai sesuatu yang unik. Dan
bukannya kita fikirkan ianya sebagai suatu yang negatif. Apa yang
penting ialah kita fokus kepada apa perkara yang kita mampu buat.
Kita tumpukan dan bersungguh apa-apa perkara yang mampu kita kembangkan
dan terus berusaha untuk mencapai matlamat kita. Dan kita haruslah
menerima kenyataan bahawa setiap perkara itu mampu kita capai
dengan motivasi, minat, keazaman, serta ketabahan yang tinggi.
Dan untuk tujuan itu untuk menjadi individu yang mempunyai keperibadian
yang unggul, kita perlu mempertingkatkan usaha kita untuk memperbaiki
tahap-tahap motivasi, minat, keazaman, serta ketabahan kita dan
kita haruslah sentiasa bersikap positif dan optimis terhadap diri
kita. Kita akan bertanya................
......Bagaimanakah manusia mampu sampai ke
bulan, bagaimanakah manusia berjaya menemukan apa yang kita kenali
sebagai telefon, bagaimana manusia memikirkan kaedah-kaedah untuk
merakamkan suara keseuah pita rakaman atau cakera padat, bagaimana
manusia menemukan kaedah menerima, menyimpan dan menghantar isyarat
melalui gelombang-gelombang elektromagnetik dan seterusnya kita
menikamati hiburan serta sumber maklumat apa yang kita kenali
sebagai televisyen dan telefon bimbit. Bukankah ramai manusia
suatu masa dahulu tidak pernah percaya kepada perkara-perkara
ini dan siapakah yang menjumpai maklumat-maklumat tersebut? Sudah
tentulah mereka yang tetap mempunyai kepercayaan dan sifat tabah
untuk terus mencuba dan akhirnya berjaya menyatakan kepada orang
ramai tentang kejayaan mereka. Walaupun kita perlu membuktikan
kepada orang ramai untuk mempercayai apa yang kita percaya, tetapi
kita tidak perlu mempunyai bukti untuk mempercayai sesuatu itu,
tetapi kita perlu keyakinan yang tinggi serta ketabahan didalam
diri kita sendiri dan terus berjuang untuk merealisasikan matlamat
kita.Walau pun terdapat pelbagai perkara yang kita anggap hebat
berlaku didalam dunia ini, kadangkala kita sendiri kurang mampu
untuk menerima hakikat bahawa pencapaian-pencapaian hebat ini
sebenarnya dicapai oleh mereka yang biasa. Mereka yang berjaya
melakukan perkara-perkara tersebut bukanlah mempunyai apa-apa
kelebihan yang berbeza dengan rakan-rakan mereka yang lainnya.
Apa yang menjadi kelainan yang dianggapkan sebagai kelebihan dalam
diri mereka ialah nilai-nilai keprcayaan didalam diri mereka.
Mereka percaya mereka mapu melakukannya dan mereka membuktikan
kepada mereka yang tidak percaya. Mereka buktikan bahawa apa yang
kita anggap sukar sebenarnya adalah sesuatu yang tidak sesukar
yang kita gambarkan. Lihatlah kejayaan-kejayaan Adik-beradik Wright
menerbangkan kapalterbang, atau Thomas Edison mencipta mentol,
atau Abraham Lincoln menjadi presiden Amerika, atau Albert Einstein
menjumpai teori relativiti. Dalam topik selanjutnya kita akan
membincangkan suatu perkara yang dapat menjadikan sesuatu perkara
tersebut sebagai suatu perkara yang positif. Kita akan lihat bagaimanakah
caranya kita dapat menjadi seorang yang tabah dan lebih sabar
dengan memikirkan sesuatu perkara itu sebagai sesuatu yang sentiasa
mempunyai kebaikan berbanding keburukan. Kita akan melihat bahawa
sememangnya kita dijadikan Tuhan untuk berjaya dan untuk melakukan
perkara-perkara yang baik. Kita mempunyai tugas didunia ini untuk
menjadikan ianya sebagai suatu tempat yang indah dan makmur. Kita
bertanggungjawab untuk memelihara keamanan, menanam sifat-sifat
mulia dan sentiasa menolong orang lain. Walau bagaimana pun tugas
tersebut merupakan suatu cabaran yang akan kita hadapi dalam kehidupan
ini. Untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut, kita
haruslah mempunyai keazaman dan ketabahan yang tinggi. Kita perlu
sentiasa ingat akan tanggung jawab kita dan kita perlu juga mempunyai
sesuatu yang dapat mendorong kita untuk berfikir dan bertindak
dengan lebih tenang serta menjadi lebih bersyukur terhadap apa-apa
yang menimpa diri kita. Kita perlukan sesuatu yang sentiasa dapat
mengingatkan kita betapa didalam dunia terlalu banyak perkara-perkara
baik yang dapat kita fikirkan berbanding dengan perkara-perkara
yang buruk. Oleh itu saya tidak mahu menunggu lebih lama untuk
menerangkan dan membincangkan apa yang kita sering katakan sebagai.....................
Apakah yang kita sering kita fikirkan apabila
sesuatu musibah menimpa kita? Apakah kita fikir yang burrk-buruk
atau kita merasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita dapat
melakukan sesuatu perkara yang mungkin tak dapat kita lakukan
sebelum ini. Jika kita sedang dilanda demam bukankah kita perlu
lebih banyak berehat? Katakan kita berjumpa doktor dan mendapat
MC, bukankah kita dapat duduk berehat dirumah. Mungkin kadangkala
kita sememangnya perlu berehat, tetapi kita tidak dapat berehat
mungkin kerana kesuntukan masa dan sebagainya. Dalam setiap perkara,
untuk kita sentiasa sabar dan tabah menghadapi dugaan apa yang
penting ialah bersangka baik dan sentiasa bersyukur. Kita sentiasa
memikirkan perkara-perkara yang baik yang dapat kita kecapi. Apa
kata mulai hari ini kita jadikan apa-apa perkara yang berlaku
sebagai peluang terbaik untuk kita membuktikan sesuatu atau memperolehi
sesuatu dan sebagainya. Kita jadikan sifat sangka baik itu sebagai
sifat penting dalam diri kita. Kita sentiasa membawa erti kebaikan
dalam diri kita. Tidak dinafikan sebagai manusia kita mempunyai
kecenderungan agak negatif seperti hawa nafsu, sifat dengki dan
sebagainya. Tetapi dengan cara kita sentiasa memikirkan kebaikan
sudah pasti sifat-sifat tersebut akan dapat kita bendung secara
beransur-ansur. Katakan semasa kita sedang berjalan-jalan di bandar
tiba-tiba kita keciciran wang dan setelah puas kita cuba cari
dan jejak kita tak berjumpa dengannya, mungkin kita akan menjadi
panik, marah dan hilang arah. Apakata kita cuba bertenang. Kita
lihat sekeliling kita. Bukankah kita masih lagi dapat menikmati
udara nyaman. Bukankah pandangan mata kita masih lagi jelas? Kita
masih lagi dapat berjalan? Apa yang cuba kita bincangkan disisni
ialah bagaimana kita dapat menginterpertasikan sesuatu keadaan
yang berlaku dalam konteks yang lain yang lebih bersifat membina.
Apa kata kita fikirkan apakah kebaikan yang kita perolehi. Katakan
alternatif terbaik ialah melaporkan kepada polis ( polis biasanya
mempunyai peruntukkan bantuan untuk keadaan-keadaan tersebut ).
Setidak-tidaknya kita dapat juga berjumpa pegawai polis, kita
berkenalan dengan nya. Kita juga dapat masuk ke balai polis dan
melihat bagaimana caranya polis menolong orang seperti kita. Sekurang-kurangnya
kita mungkin mempunyai pengalaman yang lain daripada rakan-rakan
kita.
Apabila kita melihat sesuatu sebagai suatu
peluang untuk kita meneroka atau mempelajari sesuatu perkara,
kita akan melihat situasi tersebut dengan pandangan yang lebih
terbuka. Katakan kita dikehendaki menjalankan suatu tugasan yang
sukar oleh majikan kita, sebagai contohnya menganjurkan suatu
kursus atau seminar mengenai pembangunan dan peranan kita dalam
menyokong pembangunan. Oleh kerana ianya tidak pernah kita lakukan
sebelum ini, mungkin kita beranggapan bahawa ianya akan menjadi
sukar. Tetapi sebaliknya jika kita mengganggap bahawa situasi
ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari perkara-perkara
baru dan menempuh pengalaman-pengalaman baru, dan kita melihatnya
sebagai peluang dan cabaran untuk diri kita memajukan serta membina
keyakinan dan kepercayaan diri kita, persepsi kita akan menjadi
lebih positif. Kita mungkin berfikir bahawa, ini merupakan peluang
untuk kita meningkatkan kemahairan komunikasi kita dan mungkin
juga meningkatkan kemahiran kita dalam bidang-bidang yang lainnya.
Apabila kita mengganggp sesuatu itu sebagai suatu peluang untuk
memajukan diri maka amnya, ianya dapat membantu kita untuk bersedia
melakukannya. Walau bagaimana pun kita harus sentiasa peka dan
bertanggung jawab agar kita tidak melakukan sesuatu yang bertentangan
semata-mata untuk mencapai matlamat dan tujuan kita.
Ketabahan, kecekalan dan kesabaran merupakan
unsur-unsur yang terdapat pada elemen tanah yang merupakan sifat-sifat
murni diri manusia yang sentiasa menjadikan diri seseorang itu
mempunyai nilai kehidupan yang tinggi. Sebenarnya terlalu sedikit
perbezaan antara ketiga-tiga aspek murni. Secara amnya ketiga-tiga
perkataan tersebut menggambarkan sifat-sifat yang akan menghasilkan
kejayaan, menimbulkan kekuatan, mendorong manusia untuk terus
berusaha dan terus mencuba tanpa mengenal apa itu erti jemu, kecewa
dan sebagainya. Apabila kita katakan seseorang itu tabah, bermakna
ia akan terus berusahanya tanpa mengenal erti jemu dan sentiasa
bekerja untuk menghasilkan yang terbaik bagi dirinya. Dia juga
akan menjadi seorang yang berdiri kuat untuk terus menempuh ranjau
kehidupan. Kecekalan pula akan menjadikannya sentiasa yakin dengan
kemampuan dan keupayaan dirinya sendir. Keyakinan serta kepercayaan
dirinya tidak akan dapat digugat dan dia akan menjadi seseoang
yang lebih bermatlamat. Kesabaran pula menjadikan seseorang individu
tersebut mampan terhadap dugaan dan sentiasa tahan diuji dan terus
berdiri menghadapi keadaan-keadaan yang mengecewakan atau dapat
mencabar sifat-sifat buruk dalam dirinya dan seterusnya memperbaiki
keadaan menjadikan dirinya insan yang lebih baikTidak dinafikan
semua manusia merasa apa yang dimaksudkan dengan kecewa. Tetapi
tingkat-tingkat kekecewaan tersebut berbeza antara sesuatu individu
dengan individu yang lain. Ianya lebih bergantung kepada komunikasi
diri yang akan mempengaruhi seseorang tersebut untuk bertindakbalas
terhadap apa-apa yang telah menyebabkan kekecewaannya. Jika ia
menerima dan menterjemahkan kekecewaannya sebagai sesuatu yang
positif yang dapat mendorongnya berusaha dengan lebih gigih, ianya
merupakan sesuatu yang lebih menguntungkan. Oleh itu adalah penting
bagi kita menyedari keadaan-keadaan ini samada ianya memperbaiki
diri atau sebaliknya. Kita juga harus melihatnya sebagai peluang-peluang
yang lebih terbuka untuk kita memperolehi pengalaman, ilmu pengetahuan
serta pengertian dalam hidup ini. Ianya boleh dijadikan sebagaisuatu
peluang diri untuk menjadikan dunia ini suatu tempat yang lebih
aman dan menjadikan kehidupan sesuatu proses yang sentiasa memberikan
kebaikan kepada diri kita. Oleh itu apabila kita menyatakan sesuatu
kekecewaan sebagai suatu cabaran bermakna kita secara tidak langsung
telah menukar pandangan hidup ini kearah pandangan yang lebih
bermakna dan lebih optimis. Secara tidak langsung kita mendorong
diri kita untuk menjadi lebih tabah untuk menghadapi setiap perkara.
Ianya juga merangsang kita untuk nerbuat sesuatu untuk mengatasi
kekecewaan dan membuktikan bahawa apa yang kita lalui bukanlah
kekecewaan bahkan suatu cabaran yang unggul yang membuka seribu
satu jalan peluang memperbaiki taraf kehidupan kita. Bukankah
ianya menjadi lebih menarik? Lebih memotivasikan dan yang lebih
penting dapat mengembangkan inspirasi diri. Oleh itu bagaimana
dengan diri kita? Apakah kita akan menerima kekecewaan sebagai
kegagalan atau cabaran? Adakah kita akan diri kita sebagai seorang
yang kecewaa atau kita melihat diri kita sebagai berdepan dengan
cabaran baru yang lebih menguji kemampuan dan ketahanan diri serta
mengukur sendiri tingkat-tingkat ketabahan, kecekalan dan kesabaran
kita. Syabas saya ucapkan kerana memilih cabaran sebagai alternatif
kepada kekecewaan dan seterusnya menjadikannya sebagai peluang
untuk kita menjadi lebih optimis. Ingat, segalanya ialah keputusan
dan bukannya kegagalan atau kekecewaan yang benar-benar berlakunya.
Ianya hanyalah merupakan cabaran untuk diri kita memperbaiki kehidupan
ini serta mengajak kita untuk lebih bersemangat untuk mempelajari
teknik-teknik yang lebih baik untuk terus mencipta kejayaan dan
kebahagiaan.Dalam perbincangan selanjutnya kita akan terus melihat
bagaimana caranya kita melihat hasil usaha sebagai suatu yang
serius. Bukan sahaja kita harus mempunyai minat, keazaman, ketabahan,
kecekalan dan kesabaran. Untuk mencapai kejayaan kita perlu memiliki
kesemua sifat-sifat manusia yang mempunyai pengaruh yang besar
terhadap kehidupan kita. Selanjutnya kita akan membincangkan bagaimanakah
kita memandang matlamat kita. Kita akan melihat apakah yang akan
menambahkan penumpuan kita dan kita akan bertindak dengan lebih
berseri-seri dan berkesan. Apakata sebelum kita terus berbincang,
kita bertanya dahulu dalam diri kita apakah yang telah kita bincangkan
tadi? Adakah ianya memuaskan hati kita dan kita ingin terus mengambi
sifat-sifat tersebut sebagai cara kehidupan kita atau kita membiarkan
sahaja peluang terbaik ini dilepaskan dengan begitu bersahaja
tanpa berusaha mencabar diri. Untuk merealisasikan impian kita
kita seharusnya mempunyai impian terlebih dahulu. Sebelum membina
impian kita haruslah terlebih dahulu memastikan bahawa sebarang
kejayaan yang akan kita perolehi akan membawa kepada kebaikan
untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Kita harus mempunyai
azam untuk membawa nilai-nilai murni kedalam diri kita dan seterusnya
menzahirkannya dalam perbuatan kita. Bukankah lebih baik hidup
dalam kemakmuran, kesejahteraan serta penuh dengan perasaan hormat-menghormati
dan tolong menolong antara satu dengan lain. Kita memberikan makna
kehidupan kepada manusia yang lain dan memberi suatu pandangan
penuh keikhlasan. Untuk perbincangan selanjutnya, kita akan membincangkan
topik
..