Topik 7 : Inisiatif Diri : Pencetus Inspirasi
Perbincangan :-
Membina inisiatif dalam diri kita
INISIATIF DIRI - PENCETUS INSPIRASI DIRIKita telah melihat bagaimana
kita dapat mengembalikan semangat kita, keyakinan kita dan keazaman
kita. Apakata kita terus membincangkan suatu sikap yang akan menyebabkan
kita menjadi individu yang sentiasa selangkah kehadapan dalam
kehidupan kita? Kita akan membincangkan suatu sikap yang sentiasa
nampak dinamik dalam diri individu. Suatu sikap yang sering menjadikan
sesuatu perkara tersebut nampak lebih terserlah. Sikap yang kita
akan bincangkan tersebut ialah sikap inisiatif. Kita sering mendengar
mengenai inisiatif diri. Apakah yang dimaksudkan dengan inisiatif
tersebut? Tahukah apa itu definisi inisiatif ? Definisi bermaksudmembuat
suatu kerja yang betul tanpa disuruh (doing the right things without
being told)Dalam kata lain, inisiatif bermaksud melakukan sesuatu
kerja tambahan yang dapat memperbaiki keadaan tanpa di suruh.
Ada pelbagai perkara yang betul yang dapat kita lakukan tanpa
di suruh. Maksud betul di sini ialah positif, iaitu perkara yang
baik. Contoh-contoh inisiatif yang mudah ialah seperti kita melihat
guru besar tiba dan keluar dari keretanya dengan membawa buku-buku
sekolah yang bertimbun-timbun. Kita pun tanpa di suruh menawarkan
bantuan untuk menolong mengangkat buku-buku tersebut ke biliknya.
Atau pun apabila kita melihat emak kita sedang membasuh pinggan
di dapur, kita menawarkan bantuan membilas pinggan mangkuk yang
telah di cuci. Biasakah kita melihat perkara-perkara ini. Cuba
lihat bagaimana kanak-kanak mempunyai inisiatif yang tinggi di
antara usia 3 hingga 5 tahun. Bagaimana mereka seringkali duduk
dengan ibunya dan ingin turut menolong ibunya membuat kerja. Walau
pun kita menganggap adik-adik kita sengaja menyusahkan ibu bapa
mereka menyelesaikan kerja mereka, sebenarnya mereka sedang mengembangkan
sikap inisiatif di dalam diri mereka. Bagi individu yang mempunyai
potensi untuk maju dalam segala bidang, kebanyakkan individu ini
mempunyai sikap inisiatif yang tinggi. Mereka merupakan individu
yang mempunyai kemahuan tinggi yang sentiasa lebih keras dan lebih
gigih berbanding dengan rakan mereka. Lihat sahaja pemain pertahanan
Ireland dan Manchester United, Dennis Erwin, bagaimana dia sanggup
berada di padang dan berlatih tendangan bebas walaupun kesemua
pemain lainnya telah pun balik dan berehat di rumah. Pada hal
bayaran gaji yang di terimanya akan tetap sama dan tiada bayaran
tambahan untuknya berlatih lebih. Tetapi hasil inisiatifnya ini
membuatkan dia menjadi pakar tendangan bebas yang ditakuti di
seluruh England. Lihatlah bagaimana kesan inisiatif terhadap seseorang
individu tersebut. Sebenarnya terdapat lagi pelbagai kisah mengenai
inisiatif yang kita sendiri dapat lihat berlaku di sekeliling
kita. Bahkan jika kita melihat individu-individu yang berjaya,
mereka sendiri menunjukkan sikap inisiatif yang begitu ketara
dalam diri mereka. Mereka akan memulakan trend-trend yang mungkin
pada pandangan kita remeh. Apa yang pasti ialah mereka berjaya
menjadikan trend tersebut sesuatu yang boleh memotivasikan semua
yang berada di sekeliling mereka dan mereka terus memulakan setiap
kerja-kerja atau idea-idea baru mereka tanpa disuruh. Mereka menawarkan
khidmat mereka kepada orang lain dengan membantu mereka dalam
kerja harian mereka, memberikan mereka panduan serta tunjuk ajar
tanpa meminta balasan dan mereka mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap setiap perbuatan mereka. Mereka sering memberi contoh
teladan baik yang boleh menjadi ikutan. Bukankah ianya suatu yang
murni dan penuh pengertian. Bukankah ianya sesuatu yang dapat
membuat orang lain berasa gemvira dan berasa terhibur. Kadangkala
ada pelbagai perkara yang mampu kita lakukan untuk mengembangkan
inisiatif diri, tetapi kita sering merasakan ianya sesuatu yang
terlalu sukar untuk dilakukan. Ingat! Menjadi individu yang berinisiatif
bermakna kita telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam proses
kita mempertingkatkan tahap pencapaian serta tahap kejayaan dalam
hidup kita. Semua orang akan sedar bahawa hanya individu yang
benar-benar berdedikasi sahaja yang mempunyai daya inisiatif tinggi
untuk terus berusaha dengan gigih dalam menjadikan kehidupan hariannya
sesuatu yang lebih mencabar, membina serta memberi kebaikan kepada
orang lain. Inisiatif juga merupakan ciri-ciri jati diri seseorang.
Dan seperti yang sering kita katakan dalam setiap perbincanagn
kita, untuk membentuk inisiatif diri ini juga bukanlah suatu perkara
yang sukar yang tidak mampu kita capai. Malah, kita akan menjadi
lebih ceria dan lebih bahagia dengan mengamalkan inisiatif dalam
diri kita. Kita akan menjdi seorang yang lebih terbuka, lebih
peramah, lebih peka disamping terus melengkapkan diri kita dengan
sifat-sifat individu yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi
dalam kehidupannya. Jadi dalam bab selanjutnya apa kata kita bincangkan
aspek-aspek kehidupan yang dapat kita jadikan asas untuk meningkatkan
inisiatif diri kita. Apa macam? Hendak kita teruskan perbincangan
kita yang semakin penuh dengan nilai-nilai kehidupan yang tinggi
ini? Atau pun kita sudah berpuas hati? Bayangkanlah diri kita
menjadi individu yang sering kita bayangkan dalam fikiran kita.
Seseorang yang penuh motivasi, mempunyai keazaman tinggi serta
minat yang mendalam terhadap segala pekerjaan mereka, mempunyai
tahap kecekalan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi, sanggup
menerima segala bentu cabaran dan mempunyai dedikasi yang unggul
dalam kehidupannya. Bagaimanakah perasaan kita sekarang? Untuk
meneruskan perbincangan kita, selanjutnya kita akan mempelajari
lpanduan atau angkah-langkah untuk meningkatkan inisiatif diri...................MENERAPKAN
NILAI KEIKHLASAN DALAM DIRIApakah keikhlasan? Kita tahu, keikhlasan
itu merupakan tujuan yang murni yang lahir dalam hati kita yang
mendorong kita melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Tetapi nilai sebuah keikhlasan adalah terlalu
tinggi dan terlalu abstrak untuk diterangkan. Ianya secara analogi
merupakan sesuatu yang terlalu murni sehingga diumpamakan seperti
seekor semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap. Bermakna,
kita tidak mungkin dapat melihat atau menentukan keikhlasan dalam
diri kita. Bukankah ianya merupakan suatu cabaran yang terhebat?
Betapa tingginya nilai sebuah keikhlasan sehingga ianya terlalu
sukar untuk diterangkan atau ditafsirkan. Oleh itu apa yang mampu
kita lakukan? Kita haruslah menanam keazaman untuk melakukan setiap
perbuatan kita dengan seikhlas mungkin. Kita berazam menjadi individu
yang ikhlas dalam setiap perbuatan kita. Oleh itu barulah kita
akan menjadi individu yang benar-benar berinisiatif yang mempunyai
pegangan diri yang kukuh. Tidakkah ianya sesuatu yang indah yang
mampu menukar pandangan kita terhadap kehidupan ini? Jadi bagaimanakah
keikhlasan ini mempunyai kaitan dalam pembentukan diri kita menjadi
manusia yang berinisiatif? Cuba renung kembali definisi inisiatif
yang telah kita bincangkan tadi. Bukankah ianya bermaksud melakukan
kerja yang baik tanpa disuruh atu melakukan kerja yang baik melebihi
apa yang kita perlu lakukan? Bermakna dengan menjadi individu
yang penuh dengan sifat keikhlasan kita mampu menjadi manusia
yang lebih berinisitif kerana kita tidak memerlukan sesuatu balasan
hasil usaha kita. Mungkin kita akan menerima hadiah hasil kerja
kita, tetapi kita sebenarnya tidak perlukan itu semua. Kita cuma
seorang manusia yang suka melakukan kebaikan untuk individu lain
disekeliling kita dan sentiasa cuba menhadirkan kegembiraan di
dalam hati mereka dan berharap agar dunia ini menjadi tempat yang
lebih damai dan menarik untuk didiami. Apakata kita mulakan kehidupan
kita pada saat ini juga dengan keazaman untuk mengikhlaskan diri
kita dalam setiap pekerjaan kita? Kita perlu sentiasa ingat bahawa
kita mempunyai pelbagai tanggung jawab yang perlu kita pikul dengan
penuh dedikasi dan ianya sudah tentu akan menjadi lebih berharga
dengan dihiasi dengan keikhlasan tadi. Dengan tekad kita untuk
mengikhlaskan diri kita dalam setiap pekerjaan kita, secara tidak
langsung kita telah pun menyatakan pada diri kita bahawa kita
merupakan individu yang dinamis yang mempunyai tenaga yang mencukupi
untuk sentiasa memperbaiki pencapaian hidup kita tanpa mempunyai
maksud tertentu. Namun begitu, kita tidak boleh terlalai sehingga
ianya boleh menghilangkan tumpuan terhadap matlamat kita. Kita
harus sedar bahawa kita merupakan individu yang mempunyai wawasan
yang tersendiri, yang perlu kita nilai semula dari masa ke semasa.
Kita juga mempunyai tanggung jawab tertentu yang perlu kita selesaikan
sebagai seorang manusia. Sememangnya, inisiatif diri merupakan
ciri penting yang mempunyai pengaruh yang besar dalam diri kita
walupun ianya hanya kadangkala merupakan perkara kecil seperti
menolong orang-orang yang kurang bernasib baik, yang tidak mampu
hidup hatta untuk membeli sepinggan nasi sekali pun. Apabila kita
menjadikan keikhlasan sebagai sesuatu matlamat dalam kehidupan
kita, secara tidak langsung kita telah pun memulakan satu inisiatif
untuk kemajuan diri kita sendiri. Terdapat pelbagai aspek inisiatif
diri dalam kehidupan kita yang mampu mengubah cara pemikiran kita
serta corak kehidupan kita. Kita boleh berinisiatif untuk menjadi
seorang yang peramah yang sentiasa mahu bergaul dengan sesiapa
yang kita jumpa, kita boleh meninisiatifkan diri kita untuk menjadi
rajin, atau kita ingin menjadi seorang pelajar yang bijak dengan
sering membaca bacaan tambahan sebagai maklumat-maklumat ke dalam
nota kita. Ada juga kalanya apabila kita mengambil suatu langkah
inisiatif, kita mungkin menjadi kurang keyakinan. Lebih-lebih
lagi apabila kita cuba untuk menyapa orang yang kurang kita kenali
membalasnya dengan acuh tak acuh sehingga menimbulkan keadaan
yang bercelaru. Kita sendiri tidak faham apakah cara sapaan kita
betul atau tak betul. Sebenarnya untuk kita mewujudkan keadaan
yang boleh diterima oleh semua orang mungkin menjadi sukar jika
cara kita tidak bersesuaian dengan keadaan penerima. Cara yang
baik ialah dengan mengkaji dahulu cara bagaimana orang tersebut
berinteraksi dan berkomunikasi. Sememangnya kebanyakan kita mempunyai
kemampuan berkomunikasi yang berbeza dan keadaan ini mungkin menyebabkan
kita kadangkala sukar untuk berinteraksi dengan mereka yang kurang
mereka kenali. Untuk menjadi seorang individu yang mempunyai daya
inisiatif yang tinggi, kita sebenarnya kadangkala perlu bergaul
rapat dengan masyarakat supaya tindakan kita tidak menjadi begitu
janggal pada pandangan masyarakat di sekeliling. Apa yang penting
dalam mewujudkan inisiatif diri sebenarnya ialah keyakinan kita
terhadap apa yang kita lakukan. Apabila kita merasa yakin bahawa
tindakan kita merupakan sesuatu tindakan yang akan membawa kebaikan
kepada semua individu disekitar kita, kita akan menjadi lebih
gigih untuk melakukannya. Disinilah letaknya nilai kepentingan
keikhlasan dalam diri
Dalam perbincangan kita selanjutnya kita akan
melihat bagaimana kita dapat mewujudkan sifat inisiatif dalam
diri kita. Perbincangan selanjutnya yang akan menyentuh contoh
inisiatif dalam kehidupan kita akan kita ikuti melalui topik.......................MEMBINA
INISIATIF DALAM DIRI KITAApakah perkara-perkara yang boleh kita
katogerikan sebagi tindakan yang berinisiatif. Seperti yang kita
bincangkan sebelum ini, inisiatif merupakan sikap diri yang mendorong
kita untuk melakukan sesuatu perkara yang betul tanpa di suruh
oleh orang lain samada oleh majikan kita, ibu bapa, kawan-kawan
kita dan sebagainya. Ianya merupakan suatu dorongan semulajadi
yang timbul disebabkan oleh keinginan diri kita untuk memperbaiki
diri kita serta meningkatkan taraf kehidupan kita. Oleh itu apa-apa
perkara yang baik yang kita lakukan tanpa dorongan sesiapa atau
sesuatu, dapat kita katogerikan sebagai tindakan yang berinisiatif.
Jadi bagaimanakah kita akan menjadi individu yang benar-benar
mempunyai inisiatif diri yang tinggi. Pertama-tamanya kita mestilah
menanam dalam diri kita nilai-nilai murni yang penuh pengertian.
Kita harus menjadi manusia yang benar-benar faham akan kepentingan
nilai-nilai tersebut dalam diri kita. Kita harus percaya kepada
konsep tolong menolong sesama insan. Oleh itu sikap ini akan menjadikan
diri kita seorang manusia yang sentiasa bersedia memberi bantuan
kepada orang lain. Bukankah kita akan menjadi manusia yang lebih
berinisiatif? Seperti yang telah kita bincangkan, nilai keikhlasan
dapat memainkan peranan penting dalam membentuk sikap inisiatif
dalam diri kita. Dengan mempunyai keinginan untuk mengikhlaskan
diri dalam sesuatu perkara tersebut, kita akan menjadi lebih yakin
dengan sikap inisiatif kita. Jadi apakata mulai hari ini kita
tanamkan keazaman dalam diri kita untuk terus mengisi diri kita
dengan nilai-nilai murni yang mempunyai pengertian yang lebih
indah dari sekeping not kertas RM10 yang kita dapat apabila kita
mencucuk kad kita pada mesin JUARA, MEPS atau GIRO.